Filem yang berada di Festival Filem Berlin tanpa kehadiran dua bintang utamanya - Stewart dan bintang The Sopranos, James Gandolfini - telah menemui pengedar untuk pasaran AS dan akan ditayangkan di pawagam pada musim luruh ini.

Pengarahnya, Jake Scott berkata, kali pertama dia bercadang untuk mengambil Stewart bagi menjayakan watak Mallory ialah semasa Sean Penn mengesyorkannya menerusi lakonan dalam filem Into the Wild.

Stewart, 19, menjadi idola remaja menerusi lakonan dalam dua filem Twilight yang ditayangkan setakat ini dan pembabitannya dalam Welcome to the Rileys diyakini mampu melonjakkan filem yang diterbitkan dengan bajet rendah tersebut.

"Pembikinan filem ini dilakukan pada tahun 2008, jadi Twilight ditayangkan semasa kami tamat menjalani penggambaran.

"Saya melihat Stewart dalam 'Into the Wild'. Kami memang bertuah," kata Scott kepada pemberita di Berlin semalam.

Stewart memegang watak Mallory, pelacur remaja dan penari bogel di New Orleans yang mana watak Doug Riley dipegang oleh Gandolfini, bertindak sebagai penjaganya.

Sifat kasih sayang Riley kepada remaja perempuan tersebut didorong oleh keinginan mencari pengganti kepada anak perempuannya yang meninggal dunia dalam insiden kemalangan kereta ketika berusia 15 tahun.

Isteri Riley, yang dilakonkan oleh Melissa Leo bersetuju untuk memainkan watak ibu di dalam 'keluarga' baru filem itu.

"Sebagai seorang pengarah, saya tertarik dengan cerita ini kerana saya merupakan seorang bapa dan saya menerbitkan filem yang menerapkan ciri-ciri kebapaan," kata Scott lagi. - Reuters