SONY ABDULLAH meninggal dunia, kira-kira pukul 4.08 petang tadi di kediamannya.

Menurut salah seorang menantunya, Nur Nabila Natasha, Allahyarham sebelum ini menderita kanser otak tahap empat.


“Pada mulanya, arwah dirawat di Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang untuk rawatan selama tiga minggu.


“Selepas itu, arwah dibenarkan pulang ke rumah dan kesihatannya ketika itu baik namun semakin merosot sejak akhir-akhir ini,” jelasnya.


Arwah meninggalkan lima orang cahaya mata. - UTUSAN ONLINE