Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SonaOne perkasa bahasa Melayu

Berdarah kacukan Perancis-Melayu, penyanyi rap itu janji akan perbaiki bahasa ibundanya

Akim Ahmad and The Majistret pemenang anugerah Persembahan Vokal 3
Akim Ahmad and The Majistret pemenang anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) pada Anugerah Industri Muzik 21 (AIM 21)

NAMA Mikael Lozach, 25, pastinya agak asing di persada muzik tempatan, namun jika disebut SonaOne, pastinya pemerhati dunia hiburan tanah air seakan sedar akan kewujudannya di arena seni suara lokal.

SonaOne yang berdarah kacukan Perancis-Melayu, di Anugerah Industri Muzik Ke-21 (AIM21) baru-baru ini telah mencipta sejarah bukan sahaja untuk dirinya, bahkan untuk dunia muzik tanah air secara amnya. Ini apabila lagu Inggeris nyanyiannya, No More dipilih sebagai pemenang kategori utama, Lagu Terbaik AIM21.

Ironinya, ia bukan sekadar lagu Inggeris, malahan merupakan lagu hip hop pertama yang mendapat pengiktirafan sebegitu tinggi di persada muzik tempatan mengalahkan lagu-lagu hit berbahasa Melayu lain yang memenangi kategori genre masing-masing.

Antaranya ialah Sesal Separuh Nyawa nyanyian Alyah yang memenangi kategori pop, Rentak Laguku (Bunkface bersama Amy Search / rock), Akar Kita Zapin (Ihab Ismail / pop etnik), Rindu Allah Sayang Allah (Iwan Syahman bersama Iwan Junior / nasyid) dan termasuklah lagu hip hop nyanyiannya sendiri bersama mentor Joe Flizzow yang berjudul Apa Khabar.

Berkesempatan bertemu dengannya di penghujung majlis, SonaOne yang membawa pulang tiga trofi iaitu Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik dan Lagu Terbaik menjelaskan dia sangat terkejut dengan pencapaiannya itu.

“Sebagai orang baharu dalam dunia seni tempatan, saya langsung tidak meletakkan harapan untuk memenangi trofi pada malam ini. Apatah lagi untuk diiktiraf bagi kategori Lagu Terbaik.

“Banyak lagi lagu lain dalam setiap genre yang baik-baik dan mempunyai kekuatan tersendiri dan saya bersyukur akhirnya juri nampak kelebihan dalam penghasilan lagu No More lalu memartabatkannya ke tahap juara segala juara,” katanya yang merupakan komposer penuh lagu tersebut.

Menurut SonaOne, dia menjadikan Too Phat sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan koleksi lagu gubahannya dan kejayaan kumpulan hip hop tersebut di dalam dan luar negara menjadi pemangkin untuk terus menjulang irama berkenaan di negara ini.

Sekalipun gagal menempatkan diri di pertandingan Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29), Akim Ahmad yang memenagi trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi single Mewangi yang didendangkannya bersama The Magistrate bersyukur dirinya mendapat pengiktirafan pada malam itu.

Walaupun ia merupakan kemenangan peribadi atas kekuatan vokalnya, namun Akim berpendapat, tanpa lagu Mewangi mungkin dia tidak akan berjaya mendapatkan trofi tersebut kerana single bersama band projek The Magistrate itu ada keistimewaan tersendiri untuk menyerlahkan sisi dinamik suaranya.

“Saya berterima kasih kepada Zimi Sofazr kerana dialah individu bertanggungjawab mengawal vokal saya ketika merakamkan lagu ini. Susunan muzik yang dilakukannya membantu saya untuk menampilkan nada suara yang sedikit berbeza berbanding lagu-lagu lain yang pernah dinyanyikan sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya terkejut dengan kemenangan ini walaupun pesaing lain cukup kuat dan ada kelebihan tersendiri,” katanya yang menewaskan calon lain iaitu AhmadAhmad, Faizul Sany, Kroll Persis dan Riz Zaizizi.

Pun begitu, Akim menolak bahawa kemenangan tersebut mengubat kekecewaannya kerana gagal bertanding di AJL29, katanya sebagai penyanyi, dia tidak berasa kecewa atas kegagalannya untuk mara ke peringkat akhir pertandingan tersebut.

Katanya, kemungkinan dalam kalangan peminat lagu Mewangi, trofi itu dapat mengubat kekecewaan tersebut, tetapi bukan secara peribadi.

“Saya berterima kasih kepada semua peminat yang menyokong karier seni saya selama ini dan teruskan sokongan anda bersama Akim & The Magistrate. Insya-Allah kami akan hasilkan lagu-lagu yang lebih berkualiti demi kepuasan semua,” katanya.

Sekian lama tidak menyertai AIM, akhirnya tuah kembali menjadi milik Datuk Siti Nurhaliza apabila album terbaharunya, Fragmen diangkat sebagai Album Terbaik AIM21 berserta dua lagi trofi lain yang mengiringi kejayaannya.

Menerusi lagu Lebih Indah, penyanyi tersohor itu sekali lagi ditabal selaku pemenang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) setelah memenanginya sebanyak 11 kali dalam AIM terdahulu dan hanya tewas sekali di tangan Jaclyn Victor pada 2011.

Satu lagi trofi kemenangannya diperoleh menerusi kategori Rakaman Album Terbaik apabila Konsert Lantera Timur Dato’ Siti Nurhaliza bersama Orkestra Tradisional Malaysia menjadi pilihan juri.

Mengulas mengenai kecemerlangannya di AIM21, Siti berharap dapat menggunakan peluang tersebut untuk mempromosikan album Fragmen yang sedang rancak di pasaran negara seberang, Indonesia.

“Alhamdulillah sambutan di Indonesia sangat baik namun diharapkan dengan kemenangan ini dapat mengekalkan momentum tersebut. Malah beberapa bulan lalu saya sempat ke sana untuk mempromosikan album dan single duet bersama Cakra Khan berjudul Seluruh Cinta,” katanya sambil mengulas lagu tersebut tiada dalam album Fragmen pasaran tempatan.

Menurutnya, strategi pemasaran dengan memasukkan lagu Seluruh Cinta diharap berjaya merancakkan lagi penjualan album tersebut memandangkan Cakra Khan antara penyanyi solo kegilaan ramai di sana.

Bagaimanapun jelas Siti, biarpun lagu berkenaan tidak dimasukkan untuk pasaran Malaysia, namun ia dilancarkan sebagai single menerusi aplikasi iTunes.

“Pihak Universal ada strategi tersendiri namun peminat di Malayia masih boleh mendapatkan lagu berkenaan menerusi iTunes,” katanya.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan