Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Slank kembali menghibur peminat

Amanda Imani belum sedia untuk mempunyai komitmen dalam percintaan buat masa ini

Kumpulan Slank
Kumpulan Slank

Menghibur peminat di Konsert Frenz

KALI terakhir kumpulan terkenal Indonesia ini beraksi di Malaysia adalah pada 2010. Slank bukan nama baharu buat penggemar muzik rock di negara ini. Sealiran dengan kumpulan Search dan Wings, Slank juga mempunyai kelebihan melalui lagu-lagu yang dibawa sehingga mewujudkan fenomena tersendiri suatu ketika dahulu.

Pasti antara lagu yang cukup dekat dengan peminat di negara ini berjudul Ku Tak Bisa, sehingga mampu menjadi siulan peminatnya di sini suatu ketika dahulu. Hampir 31 tahun mengemudi muzik pilihan, Slank tidak pernah dilupakan peminat mereka. Bahkan terus dihormati kerana muzik ciptaan mereka tidak pernah mati ditelan zaman.

Tahu muzik mereka terus didamba, pada 28 Disember 2014 Slank akan kembali ke negara ini untuk membuat persembahan Konsert Frenz di tempat letak kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai hadiah terbaik buat peminat di sini.

Konsert Frenz yang turut menggabungkan Trio Macan dan Zaskia Gotik diadakan sempena Festival Nusantara 2014, hasil perbincangan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur dan Indigital Sdn. Bhd. Antara penyanyi Malaysia yang akan turut beraksi pada Festival Nusantara 2014 bersama penyanyi dari Indonesia tersebut adalah Ella dan Bandi Amuk.

Selai merapatkan lagi hubungan antara dua negara, festival ini juga dilihat sebagai landasan terbaik untuk melihat artis dari dua negara bergabung di atas pentas yang sama menghasilkan persembahan terbaik buat peminat muzik di sini.

Selain konsert, Festival Nusantara 2014 yang akan berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 11 malam di Tempat Letak Kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil itu juga turut menempatkan pelbagai gerai yang menjual pelbagai barangan termasuk makanan.

Bagi mereka yang bercadang untuk menghadiri Festival Nusantara 2014 ini masuk adalah percuma. Bagaimanapun bagi yang ingin menonton Konsert Frenz, tiket yang berharga RM33 boleh didapati di www.ticketpro.com.my atau hubungi hotline ticketpro 03-7880 7999.

Jika dilihat dalam akaun instagram artis tempatan sekarang ini, masing-masing berlumba-lumba mahukan pengikut yang ramai.

Bagi Amanda, dia sedar jumlah peminatnya tidaklah seramai yang artis tempatan lain yang sudah mencecah sejuta.

“Saya tidak kisah walaupun peminat saya kecil, tetapi mereka adalah peminat yang betul-betul mengikuti perkembangan saya.

“Peminat saya tahu apa perancangan muzik saya dan mereka minat saya kerana muzik yang saya hasilkan.

“Rasanya itu sudah memadai berbanding mempunyai pengikut yang ramai tetapi yang benar-benar mengikuti perkembangan artis itu hanya segelintir sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai albumnya pula, jelas Amanda, album terbaharunya memuatkan tujuh buah lagu iaitu City Of Angles, Black Widow, Black Heart, Heart For Hire, Next Generation, Newlyweds dan I’ve Got It All.

Bercerita mengenai album ketiganya itu, ia menampilkan cabaran dan perjalanannya sepanjang bergelar seorang artis.

“Semua lagu dalam album ini saya hasilkan sendiri jadi pastinya ia sedikit sebanyak menceritakan tentang kehidupan diri saya,” jelasnya.

Album Black Heart boleh dibeli di kedai buku Borders Malaysia, Tower Records Malaysia, Starbucks Malaysia, iTunes, Amazon.com dan Spotify.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan