Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Slam bikin konsert di Johor

KUALA LUMPUR 16 JUN - Selepas berjaya dengan konsert Kurnia di ibu kota baru-baru ini, Slam kini kembali mempersiapkan diri untuk konsert terbaharu mereka berjudul Konsert Dua Dekad Slam Kembali Terjalin.

KUMPULAN Slam akan menemui peminat di Pasir Gudang, Johor Bahru pada September nanti.

Menurut Zamani, konsert itu dianjurkan oleh DMS360 dan akan berlangsung di Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor pada 3 September depan.

Semangat konsert Kurnia Slam yang berlangsung pada 14 Mei lalu diakui Zamani masih menebal dalam diri untuk diteruskan pada konsert terbaharu mereka.

“Aura konsert Kurnia masih terasa. Malah, bukan semangat saya sahaja tetapi begitu juga bagi anggota Slam yang lain.

“Cuma untuk konsert kali ini, saya ada lebih kurang tiga bulan untuk mempersiapkan diri terutamanya menjaga kualiti vokal,” jelasnya kepada Utusan Online.

Shah selaku ketua kumpulan Slam turut menjanjikan konsert kali ini berbeza berbanding sebelumnya biarpun jarak masa yang dekat.

“Sebagai seorang pemuzik, sudah pasti kami mahu di setiap persembahan kami dilakukan dengan susunan muzik yang berbeza dan pastinya konsert ini juga berbeza,” jelasnya.

Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual dari RM73 sehingga RM353.

Ia boleh didapati secara dalam talian menerusi www.ilassotickets.com atau menghubungi talian 013-3398359 untuk maklumat lanjut.

Selain Zamani dan Shah, Slam turut dianggotai oleh Man, Eddie, Ajak dan Lili. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan