Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Siti Nordiana ada 7,000 pasangan duet

SITI NORDIANA dan Puteri Nur Husna Izzara yang turut berduet dengannya
SITI NORDIANA dan Puteri Nur Husna Izzara yang turut berduet dengannya menerusi lagu Terus Mencintai di Smule.

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kira-kira 7,000 pengguna aplikasi Smule telah berduet dengan penyanyi Siti Nordiana Alias selepas dia memuat naik lagu Terus Mencintai, dua hari lalu.

Bagaimanapun kata Siti Nordiana atau Nana, lagu dan lirik ciptaannya itu hanya boleh diikuti selama dua hari sahaja kerana berlaku sedikit masalah teknikal.

“Sayang sungguh sebab lagu itu hanya boleh bertahan dua hari saja kerana saya lupa nak perbaharui akses aplikasi. Dalam tempoh dua hari pun sudah mencecah 7,000 pengguna yang berduet dengan saya menerusi lagu Terus Mencintai.

“Kalau tak ada masalah akses itu, rasanya boleh pergi jauh lagi kerana sebelum ini saya mendapat hampir 9,000 pasangan duet untuk lagu Memori Berkasih. Memang tak sangka kerana untuk setiap lagu yang saya nyanyi di aplikasi Smule itu, peminat tak kira usia turut menyanyi,” katanya kepada Utusan Online.

Menurut Nana, lagu Terus Mencintai juga mendapat perhatian penyanyi Khai Bahar yang turut tidak ketinggalan berduet dengannya.

“Saya paling suka apabila berduet dengan adik kecil bernama Puteri Nur Husna Izzara yang menyanyi sambil bercakap itu. Adik ini adalah peminat saya dan kami pernah bertemu sebelum ini tapi waktu ajak nyanyi, mood dia tak berapa baik.

“Kebanyakan lagu-lagu saya di Smule, selalunya dia turut serta. Bagi saya, inilah cara untuk mendekati peminat dan secara tidak langsung peluang untuk mereka dilamar oleh syarikat rakaman,” katanya.

Sehingga kini lagu Terus Mencitai yang mula dimuat naik di YouTube sejak 10 Mac lalu telah mencecah hampir sejuta tontonan. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan