Isteri beliau, Datin Dr. Halina Mohd Yunos selamat melahirkan bayi kembar berkenaan pada pukul 10.05 pagi semalam.

“Terima kasih semua atas ucapan selamat hari lahir. Kami bersyukur dengan kelahiran bayi kembar lelaki pada jam 10.05 pagi tadi (semalam),” kata Sheikh Muszaphar dalam akaun rasmi Facebook beliau.

Sebelum ini, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2010 dikurniakan dua anak perempuan, Sophea Isabella dan Sophea Natasha. – UTUSAN ONLINE