Bagaimanapun sejak berdepan dengan masalah kulit wajah awal tahun ini, Sakinah mula ditawarkan pelbagai jenis produk kecantikan yang berada di dalam pasaran dan salah satunya ialah produk dari Indonesia, Natasha Skin Care.

“Sejujurnya, selama ini saya tidak pernah menggunakan sebarang produk penjagaan wajah. Saya lebih selesa melakukan senaman sebagai salah satu cara untuk menjaga kecantikan.

“Namun disebabkan sering terdedah kepada cahaya matahari dan habuk, wajah saya mengalami masalah kulit berjerawat. Apabila ditawarkan untuk mencuba produk Natasha Skin Care, masalah tersebut dapat diatasi setelah empat bulan saya menggunakannya.

“Kemudian saya bersetuju untuk menjadi duta produk tersebut bagi cawangan Malaysia kerana yakin ia dapat menghilangkan jerawat dan dalam masa yang sama membantu menyerikan lagi kulit wajah saya,” ujarnya ketika majlis pelancaran Natasha Skin Care dan pelantikannya sebagai duta di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.