Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon dengan mas kahwin sebanyak RM300 di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall di sini, yang turut disaksikan hampir 200 tetamu yang hadir.

Shakilla menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pihak Fizi.

Sementara itu, pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan pada 18 Julai tahun lalu selepas tiga tahun bercinta.

Resepsi pasangan ini juga akan berlangsung malam ini di lokasi yang sama. - UTUSAN ONLINE