Bahkan, kemesraan yang dipaparkan mereka empat beranak tidak sedikit pun menampakkan pergolakkan yang sedang dihadapi Serina setelah wanita itu memfailkan perceraian pada April lalu.

Bagaimanapun pelakon filem Zack Kapcai itu ketika dihubungi UTUSAN ONLINE menjelaskan, dia dan Salahudin tetap akan meneruskan perceraian, namun hubungan antara mereka berdua masih baik demi anak-anak.

“Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu.

“Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah,” katanya memberi penjelasan ringkas.

Serina dan Salahudin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5. - UTUSAN ONLINE