Menyedari konsep teater jalanan yang amat jarang diketengahkan di dalam industri tempatan berbanding di bumi Eropah dan Amerika, usaha seniwati Ogy Ahmad Daud yang mahu membuka mata lebih ramai penggiat seni untuk meneruskan seni warisan tersebut harus dipuji.

Kata Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud, 55, menganggap masih ada sebilangan generasi baharu kurang mengambil tahu tentang seni itu.

"Objektif saya anjurkan teater jalanan ini adalah mahu mendekatkan seni tersebut kepada orang ramai.

"Seni ini untuk semua bukan hanya tertumpu kepada golongan tentu semata-mata. Teater jalanan ini boleh dipersembahkan di mana-mana.

"Tak ramai yang berani nak buat teater jalanan ini. Jadi saya ambil pengalaman sewaktu menjadi salah seorang pelakon teater jalanan di bawah arahan arwah Syed Alwi Syed Hassan pada tahun 90-an kepada pelajar saya," ujarnya kepada Utusan Online.

Justeru, Ogy ketika ditemui di Karnival Teater Jalanan di pusat membeli-belah The Curve yang menggabungkan seramai 30 orang pelajar bengkel lakonan milik akademiknya, Ogy's Centerstage & Academy.

 Teater jalanan yang berjudul Seni...Itu Rupanya! Menerapkan elemen lakonan, tarian, nyanian dan sastera.- UTUSAN ONLINE