Menurut vokalisnya, Amy, buku tersebut lebih kepada buah tangan pengenalan Search pada peminat mereka.

"Buku ini sebenarnya banyak menampilkan gambar-gambar kami sewaktu mula berhijrah ke ibu kota hinggalah sekarang.

"Tetapi buku ini bukanlah biografi lengkap kami. Sebaliknya, selepas ini kita akan tampilkan sebuah lagi buku biografi yang lebih lengkap dan dalam mengenai Search," katanya.

Search ditemui selepas majlis pelancaran buku yang berjudul Search - Phenomena Of Rock n Roll di Pesta Buku Antarabangsa Kuala  Lumpur (PBAKL), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  hari ini.

Buku terbitan Dubook ini dijual dengan harga RM99 di PBAKL sehingga esok dan di kedai-kedai buku terpilih. - UTUSAN ONLINE