Jumlah kutipan filem tersebut dipaparkan dalam laman web Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Filem yang diterbitkan oleh Fred Chong itu ditayangkan bersempena Hari Malaysia pada 13 September lalu.

Rise: Ini Kalilah merupakan sebuah filem berdurasi 100 minit yang mendapat inspirasi dari semua kelompok rakyat Malaysia yang berganding bahu keluar mengundi untuk sebuah negara yang baharu pada 9 Mei lalu.

Filem tersebut menampilkan kerjasama tiga pengarah termasyhur iaitu Saw Teog Hin yang pernah mengarah filem ‘Puteri Gunung Ledang’, Nik Amir Mustapha (‘Terbaik Dari Langit’) dan Prem Nath (‘Vere Vazhi Ille’).

Penggambaran Rise: Ini Kalilah selesai dalam tempoh tiga bulan dan dirakam di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Filem tersebut dibarisi pelakon Mira Filzah, Remy Ishak, Yana Samsudin, Sangeeta Krishnasamy, Mark O'dea, Mustaqim Bahadon, dan Sharifah Sakinah.

Ketika ini Rise: Inikalilah masih lagi ditayangkan di pawagam.

Sementara itu filem Munafik 2 arahan  Syamsul Yusof memperoleh kutipan tertinggi setakat ini bagi tahun 2018 iaitu sebanyak RM37,222,610.38 diikuti filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid  dengan kutipan RM31,356,769.43.

Kedua-dua filem masih lagi ditayangkan di pawagam.-UTUSAN ONLINE