SELENA GOMEZ

Sebaliknya, Gomez yang merupakan bekas bintang Disney, terus berteka-teki dengan menyatakan dia banyak menyimpan rahsia, tetapi juga teruja untuk mendedahkan kebenaran tentang kehidupan sebenarnya dalam masa terdekat.

Fox News melaporkan, Gomez memuat turun luahan tersebut di laman sosial Instagramnya pada Jumaat lalu kepada lebih 33 juta pengikutnya dengan gambar bersama kapsyen ‘Saya mahu tuntut nama saya sendiri’.

Menurut Gomez, berita tentang dirinya di Internet tidak semuanya benar selain sering kali memaparkan laporan basi dan ketinggalan.

“Anda semua telah menyaksikan kesakitan yang saya lalui selama ini. Saya telah melewati segala penderitaan melalui muzik dan perlakuan saya. Saya telah membesar dengan anda semua.

“Saya tidak pasti apa yang tertulis pada lembaran hidup saya, apakah yang akan terjadi kepada saya pada masa depan, namun saya gembira dengan kehidupan saya ketika ini,” katanya dengan penuh emosi.

Gomez juga meletakkan hashtag seperti #strongisbeautiful #healthyperspectiveonthemfools dalam mesej Instagram itu.

Gomez tidak pernah kering dengan gosip liar sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya selepas hubungan cintanya dengan Justin Bieber putus separuh jalan beberapa kali.