Menurut laporan TMZ, beberapa orang sumber menyatakan bahawa penyanyi tersebut dikejarkan ke hospital buat kali pertama pada akhir September lalu.

Selena dikatakan putus semangat dan mengalami gangguan emosi kerana sel darah putihnya rendah akibat pembedahan pemindahan buah pinggang yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Sehari ditahan di wad, Selena dibenarkan pulang. Namun, dia kembali dibawa ke hospital minggu lalu kerana kiraan sel darah putihnya semakin rendah. Ia menyebabkan gangguan emosi bintang Disney ini semakin teruk.

Terbaharu, menerusi sumber, TMZ melaporkan bekas teman wanita Justin Bieber ini sedang menjalani rawatan ‘dialectical behavior theraphy’ (DBT). Dikatakan ini bukan kali pertama Selena menjalani terapi tersebut. - UTUSAN ONLINE.