Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ZAINAL ABIDIN di DFP

ZAINAL ABIDIN

KEUNGGULAN Zainal Abidin menyaksikan tuah buat dirinya apabila beraksi sekali lagi di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur pada 6 Mei dan 7 Mei ini.

Zainal sebelum ini pernah mengadakan persembahan di DFP pada 2010 dan 2014 sempena DFP Seni Festival. Menariknya ini kali pertama penyanyi berusia 57 tahun ini hadir dengan konsert penuh.

Beraksi bersama-sama 90 pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini turut menyaksikan Zainal melakar kanvas karier seninya seiring dengan Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Ramli Ibrahim.

Zainal bersama-sama MPO akan membawa penonton menyusuri perjalanan seninya yang telah menjangkau 30 tahun menerusi pemilihan seleksi lagu hits antaranya Bongkar, Manis, Kau Di Hatiku, Debu Liar, Inaiah, Puteri, Damai dan Hijau.

Menariknya untuk konsert selama dua hari ini, Zainal yang terkenal dengan genre world music ini akan menyajikan lagu pilihan yang telah digubah semula dan diberi nafas baharu oleh Ahmad Muriz, Vivian Chua, Syed Shahrir Faisal, Luqman Aziz, Sham Zin dan Leonard Yeap.

Selain itu Zainal juga akan menghiburkan penonton dengan seleksi lagu rakyat dan lagu popular era kegemilangannya dengan kumpulan Headwind khas buat peminat yang merindui zaman nostalgia kumpulan tersebut.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan