Risteena dikatakan terpaksa menangguhkan pengajian dalam jurusan komunikasi massa di universiti berkenaan kerana komitmen terhadap dunia lakonan.

Dengarnya, Risteena belajar dalam bidang penyiaran sebelum menangguhkan pengajiannya selepas menerima terlalu banyak tawaran berlakon sejak drama lakonannya Love You Mr. Arragont disiarkan tahun lalu.

Apapun ada yang berbisik ke telinga Miss J yang kisah sebenarnya Risteena bukan pelajar penyiaran. Dia ambil pengkhususan lain.

Tapi yang Miss J tak sedap nak dengar adalah apabila Risteena seolah-olah sengaja menghebohkan kepada semua orang yang dia merupakan pelajar penyiaran.

Itu yang menyebabkan ada pihak terbakar hati apabila mendapat tahu Risteena seakan-akan mahu menipu fakta yang sebenar kepada khalayak.

Mentang-mentanglah kursus penyiaran itu lebih glamor berbanding pengkhususan lain yang seangkatan dalam bidang komunikasi massa.

Sebab itu Risteena agaknya sengaja ‘memetik’ kursus itu apabila ada wartawan menanyakan tentang kursus yang diambil di universiti. Biar nampak hebat di mata masyarakat.

Tapi Miss J sukar nak percaya kata-kata orang sebab Miss J yakin Risteena seorang yang ada kredibiliti. Takkan Risteena nak menipu soal latar belakang pendidikan kepada masyarakat semata-mata nak glamor! Tak gitu?