Bahkan dalam agama sendiri, kedudukan ibu teramat tinggi di sisi Allah sehinggakan keberkatan hidup seorang anak tidak akan mampu diperoleh tanpa mendapat restu dan keredaan daripada seorang ibu.

PU Amin yang baru dikurniakan bayi perempuan yang juga cahaya mata ketiganya awal pagi hari ini berkongsi pengalaman menemani isterinya di bilik bersalin.

Penceramah bebas ini menyifatkan ia satu pengalaman yang cukup menginsafkan hati kecilnya sekaligus turut menyeru golongan suami dan anak di luar sana untuk menghargai pengorbanan kaum isteri dan ibu.

“Insaf. Sungguh beban mengandungkan 9 bulan, ditambah saat hari nak melahirkan. Kuat orang perempuan. Sebab itu dosanya dihapuskan pada hari dia melahirkan.

pu amin

PU Amin dan isteri serta dua cahaya mata mereka, Aisyah dan Umar. - UTUSAN ONLINE

“Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu. Wahai lelaki jangan kau remukkan hati isteri mu. Pengorbanan mereka ini cukup agung.

“Bagi kawan-kawan yang belum dikurniakan zuriat, saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua. Percayalah pasti ada.

“Selamat datang ke dunia penuh cabaran ini puteriku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar,” kongsi PU Amin. - UTUSAN ONLINE