Berdasarkan laman Twitter penganjur LFFPITW, kemenangan Harith itu melayakkannya membawa pulang hadiah utama be­rupa USD$100,000 (RM442,600), selain berpeluang mengadakan persembahan jelajah seluruh Amerika Syarikat secara berbayar.

“Kesemua lima finalis dikehendaki membuat persembahan komedi di hadapan para juri di pentas akhir malam tadi dan disiarkan secara langsung di laman YouTube dan dapat disaksikan oleh penduduk dunia secara streaming.

“Alhamdulillah, saya dapat kekalkan momentum sejak awal pertandingan sehinggalah ke pe­ringkat akhir semalam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, kemenangan Harith dinilai mengikut markah yang diadili barisan juri dicampur dengan jumlah undian dalam talian penonton yang menyaksikannya.

Harith mendapat undian ter­tinggi iaitu hampir empat juta undi berbanding empat peserta peringkat akhir lain.

Menurutnya, pada peringkat awal, terdapat 56 negara yang mengambil bahagian termasuk Australia, Jerman, Indonesia, Jepun, Brazil, Pakistan, Croatia, Filipina, Arab Saudi, Ireland dan Argentina.

“Setiap negara dibenarkan meng­hantar dua wakil iaitu saya dan seorang lagi peserta, Dr. Jason Leong. Namun, hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan mara ke pusingan seterusnya berdasarkan undian terkumpul di laman sesawang pertandingan itu, http://indi.com/7t8vv,” tambahnya.


Video ihsan NFE Tube