Erra Fazira jadi Makcik Bawang
ERRA FAZIRA

Erra yang ditemui di TGV Bandar Utama, Petaling Jaya  menonton filem Tomb Raider berkata, rancangan untuk berkumpul dengan stokis sudah diatur lama.

Katanya, pada pertemuan petang itu, kira-kira 60 orang yang hadir termasuklah stokis dari Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Pada pertemuan itu, Erra sempat bercerita tentang sukarnya untuk dia bertutur loghat Negeri Sembilan untuk dipadankan dengan wataknya dalam drama Mak Cun, arahan Erma Fatima.

Erra yang melakonkan watak ala-ala Makcik Bawang berkata, dia tidak menghadapi masalah berlakon dengan Awie yang juga bertutur loghat Negeri Sembilan.

Jelas ibu kepada Engku Aleesya itu, dia terima tawaran berlakon drama Mak Cun kerana watak yang diberikan kepadanya berbeza. Tambahan pula dia perlu belajar bertutur loghat Negeri Sembilan.

"Makcik Bawang ini memang kepoh, tapi bila buka mulut hilang imej sebab dia cakap loghat Negeri Sembilan.

"Erra memang tak boleh cakap negeri dan kali pertama diberi kepercayaan untuk bercakap lenggok negeri lain. Masing-masing bertutur loghat negeri lain. Macam Awie, dia boleh cakap Perak tetapi tak nak, sebaliknya dia juga cakap loghat Negeri Sembilan," jelasnya.

Ikuti temu bual esklusif wartawan hiburan bersama Erra Fazira. - UTUSAN ONLINE

Video oleh Khadijah Ibrahim