Santhi Eerumal
Santhi Eerumal

Menurut Santhi Eerumal, jika abangnya gila, sudah pasti dia tidak mengenali sesiapa termasuklah ahli keluarganya.

“Dia masih kenal dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya termasuk penyanyi, Datuk DJ Dave. Perasaan dia yang membuatkan dia mahu tinggal di luar.

“Dia memang tidak mahu balik ke rumah walaupun sudah banyak kali kami adik-beradik memujuknya untuk pulang bagi menjalani kehidupan yang lebih baik,” jelasnya yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Ben Nathan yang popular dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati menjadi tular setelah videonya dalam keadaan kusut masai tersebar semalam.

Menerusi video itu, Ben asyik berkata mengenai sesi rakaman dan persembahan yang perlu dilakukan seperti dia sedang berada pada era 80-an.

Dave, selaku Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) hari ini telah membawa Ben atau nama Islamnya, Ben Adam ke HKL untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - UTUSAN ONLINE

Video mengenai Ben Nathan yang kini menular di media sosial