Menurut Hashim, selama hampir 12 tahun bermula 2004 tidak aktif berlakon kerana mahu mengasingkan diri daripada dunia seni yang seketika seolah-olah ‘dibenci’ olehnya.

Peluang mengerjakan umrah dengan Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih sempena program Umrah Penggiat Seni menjadi satu peluang oleh Harun untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT sepertimana yang telah sekian lama diinginkan aktor ini.

Beliau juga banyak berdoa agar masalah kesihatan mental dan fizikal dirinya akan bertambah pulih.

Menelaah jurnal dunia lakonan tempatan, Harun adalah pelakon penuh kaliber, setanding dengan nama nama besar seperti Khalid Salleh, Eman Manan dan ramai lagi.

Kemunculan semula Harun melalui drama pendek kisah sedih, Kasih Ayah sehingga kini mendapat lebih 30,000 tontonan di Youtube. - UTUSAN ONLINE

Video oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin