Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ukays Masih berbisa

KUALA LUMPUR , 9 APRIL 2016 - sesi fotografi Ukays .GAMBAR : WAHIDAH 2
Dari kiri Well, Ali, Ady, Amy dan Din

PERNAH mencetuskan fenomena luar biasa sekitar tahun 1990-an, Ukays merupakan antara kumpulan yang menjadi perhatian ramai dan diangkat sebagai kumpulan yang mampu menepis kebangkitan kumpulan rock Melayu lain yang ketika mereka meraih kejayaan menerusi album berjudul Bisa Berbisa.

Sebagaimana lazimnya penubuhan mana-mana kumpulan, liku perjalanannya tentulah dipenuhi dengan suka dan duka. Namun siapa sangka perjalanan seni mereka terhenti buat satu tempoh yang agak lama selepas berlakunya pengunduran vokalis asal, iaitu Amir pada tahun 1997 daripada kumpulan itu.

Pun begitu, berbekalkan semangat juang yang sama, Amy (gitaris) menjalankan inisiatif sendiri untuk mengumpulkan kembali anggota kumpulan Ukays dengan misi untuk kembali aktif.

Menurut Amy, usahanya bermula sejak tahun 2009 di mana selepas mendapat pertanyaan bertalu-talu daripada peminat. Akhirnya dia nekad untuk meneruskan legasi dan pengembaraan Ukays merentasi masa biarpun setelah hampir 20 tahun nama kumpulan itu terpinggir daripada dunia hiburan tanah air.

“Dua puluh tahun bukan satu tempoh yang sekejap dan dalam ketika itu ramai yang bertanya bila Ukays mahu buat kemunculan semula. Saya terharu kerana masih ramai yang menghargai kumpulan kami dan mahu kami kembali aktif semula.

“Tetapi ketika itu, saya tak dapat merelasisasikan hasrat peminat kerana kami mempunyai masalah untuk mencari vokalis baru bagi menggantikan Amir yang telah membawa haluan sendiri," katanya.

Kata Amy, setelah bertahun-tahun mencari dia berjaya menemui Ady yang kini memegang gelaran vokalis baru kumpulan itu sejak setahun lalu.

Biarpun Ady masih muda dan berusia 21 tahun, Ady dianggap memiliki suara yang hampir mirip dengan vokal Amir dan itu menjadi salah satu keistimewaan yang dimiliki oleh penyanyi berkenaan.

“Kami memang sengaja mencari penyanyi dengan vokal yang hampir sama dengan penyanyi asal kerana kami mahu mengekalkan keunikan Ukays itu sendiri. Kebetulan, Ady memiliki ciri itu dan dia juga merupakan salah seorang peminat kumpulan Ukays.

“Tidak dinafikan, pengaruh Amir cukup kuat bersama Ukays dan orang ingat lagu-lagu Ukays kerana vokal Amir. Kami percaya Ady juga mampu membawa aura yang sama sebagaimana Amir walaupun dia adalah lebih muda daripada anggota yang lain,” katanya .

Masih berbisa

Kini muncul dengan sebuah album baru yang berjudul Masih Berbisa, Ukays juga menaruh kepercayaan bahawa kumpulan mereka dapat diterima oleh generasi baru selain terus mendapat sokongan daripada legasi peminat terdahulu.

Menganggap lagu-lagu mereka masih relevan dan bersifat malar segar sepanjang zaman, kata Amy, Ukays juga percaya judul album itu sesuai dengan perjuangan dan semangat baru mereka biarpun masih mengekalkan konsep dan genre lagu yang sama sebagaimana mereka mula menubuhkan kumpulan tersebut.

Sebagaimana hangatnya penerimaan peminat menerusi lagu-lagu hits Sebak, Ryhthm Si Jantung Hati dan Seksa, Amy masih mengekalkan lagu genre rock di dalam album baru mereka biarpun tahu, pendengar kini punya pilihan dan selera yang berbeza terhadap dunia muzik tanah air.

“Kita ada macam-macam genre tetapi kami tetap pilih genre rock Melayu kerana sudah selesa sejak dari dulu. Lagu-lagu yang membelai jiwa dan dekat dengan peminat. Itu yang kami mahu kekalkan dan terbukti sehingga sekarang lagu-lagu Ukays masih diterima peminat.

“Tak kira peringkat usia dan golongan, ramai yang suka dengan lagu dan konsep kami dan ia terbukti menerusi jumlah tontonan di laman YouTube yang kini mencecah hampir 7.8 juta tontotan untuk lagu terbaru kami yang berjudul Lepaskanmu Kerana Terpaksa.

“Jadi saya percaya jarak usia antara pendengar baru atau lama itu tidak menjadi satu isu kerana semua lagu kami mempunyai elemen nostalgia yang tersendiri yang boleh diterima sehingga sekarang,” katanya lagi.

-Foto WAHIDAH ZAINAL

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan