Fiza 

Jangan sama sekali beri peluang kepada golongan ‘wira papan kekunci’ untuk mencari kelemahan dan jadikan ia sebagai bahan diperkatakan nitezen. Kalau terkena, memang sakanlah geng-geng ini mengata sampai ke sudah tak henti-hentinya.

Lebih kejam lagi, geng-geng ini tidak hanya tertumpu kepada golongan artis berimej seksi. Yang artis bertudung litup pun jadi mangsa. Semua benda nak diselaknya seolah-olah mereka ini yang paling kudus!

Hinggakan khabarnya Fiza Abdul Halim juga terpaksa tutup akaun Instagram (IG) gara-gara tak tahan diserang ‘wira papan kunci’ secara terus menerus sejak kebelakangan ini. Macam-macam kutukan dan kecaman ditulis dalam ruangan komen IG anggota kumpulan Elite ini.

Sebab dah terlalu keterlaluan dan dah tak tahan stres, khabarnya Fiza terpaksa tutup seketika akaun IGnya. Terlampau stres sampai tak boleh lagi nak baca komen peminat yang menderu-deru itu.

Nak nak selepas masalah dalamannya dengan bekas suami, Adam AF masih belum berakhir. Khabarnya, Fiza tetap mahu menuntut Adam untuk melunaskan bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui ketika mereka bercerai pada 28 Februari 2015.

Pun begitu pada masa yang sama, agen risikan Mary Jane beritahu yang sebenarnya Fiza menutup akaun IG kerana nak beri fokus sepenuhnya pada majlis perkahwinannya dengan bakal suami baharu. Ala dengan abang pilot kesayangan Fiza itu la, dengan siapa lagi.

Sebab itu banyak persiapan yang perlu dilakukan apabila Mary Jane dapat tahu katanya majlis itu bakal berlangsung tak lama lagi. Kenalah buat proper, ingat ini kahwin koboi ke?

Secara tidak langsung desas desus itu menguatkan punca yang mendorong Fiza tutup akaun IG dia. Betul apa, kalau dah tak ada IG, kurang sikit stres. Tak payah nak fikir apa yang orang lain duk mengata pasal kita.

Tak apalah Fiza. Mary Jane sentiasa doakan yang terbaik buat diri awak. Kita tahu macam mana susah senang nak bagi rumah tangga supaya sentiasa bahagia. Yang penting cik abang awak itu memahami keinginan diri awak yang sebenarnya.