Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tukar kekasih, gelaran playgirl

Anis Al-Idrus

Anis Al-Idrus
Anis Al-Idrus

“TIDAK! Saya bukan perempuan seperti itu,” tegas Anis Al-Idrus yang dikatakan kerap bertukar pasangan sehingga digelar sebagai playgirl bertudung. Namun begitu, Anis tidak mahu cepat melatah dan mengambil perkara itu secara positif.

“Ramai yang ingat saya asyik bertukar kekasih. Bercinta dengan lelaki ini, lepas itu putus dan terus ada penganti lain. Tetapi itu yang orang nampak dan tak tahu cerita sebenar. Kalau yang betul-betul mengikuti kisah saya, mereka tahu bukan mudah untuk diri ini menerima cinta baru dalam hidup.

“Setahu saya, maksud playgirl ialah perempuan yang bercinta dengan ramai lelaki atau bertukar pasangan dalam masa yang singkat.

"Di sini, sudah nampak berbeza dengan kisah cinta saya. Kalau diikutkan selepas hubungan dengan bekas kekasih putus, saya mengambil masa hampir setahun untuk menerima orang lain.

“Jadi, bila masa pula saya bertukar-tukar pasangan? Selama ini pun, bukan saya yang memberitahu dahulu kepada umum mengenai kisah cinta dengan bekas-bekas kekasih. Saya akui memang ada memuat naik gambar berdua tetapi itu saja. Tidak pula mengeluarkan kenyataan bercinta sehinggalah ada yang bertanya,” jelas Anis ketika ditemui di Majlis Pelancaran Section 1 di White Box, Publika pada 24 Januari lalu.

Dia juga tidak menafikan namanya sering menjadi perhatian kerana kisah cinta bermula dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 2015. Selepas itu, Anis kembali bercinta dengan pelakon Raja Afiq pada pertengahan 2016 dan hubungan mereka hanya bertahan selama lima bulan sahaja.

Setahu saya, maksud playgirl ialah perempuan yang bercinta dengan ramai lelaki atau bertukar pasangan dalam masa yang singkat. Maksudnya sudah nampak berbeza dengan kisah cinta saya.

Lelaki yang memahami

SEMENJAK putus cinta pada Oktober 2016, Anis masih belum temui cinta hati baru. Berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Anis tidak meletakkan sebarang syarat berat untuk menjadi kekasihnya. Cuma, dia mahu lelaki itu memahami kerja dan kehidupannya yang sibuk.

“Saya tak nak terburu-buru mencari kekasih dan kalau boleh biarlah cinta itu hadir dengan sendiri. Sehingga kini, saya masih lagi solo dan tidak terlalu memikirkan tentang cinta. Lagipun, saya risau kalau ada lelaki yang nak kenal rapat sebab ingin mengambil kesempatan sahaja.

“Semua orang mahukan pasangan yang memahami diri kita, begitu juga dengan saya. Dia kena faham waktu kerja dan kehidupan saya yang sibuk. Itu yang paling penting sebab masa saya hanya ada untuk kerja.

“Jika dia memahami situasi dan keadaan diri ini, InsyaAllah saya boleh terima dia. Cuma buat masa sekarang ini, tumpuan hanya pada perniagaan saya iaitu Anisse Nad Babe dan Anisse Beauty juga kerjaya seni.

“Alhamdulillah, sejak awal tahun ini saya sibuk dengan penggambaran drama, pengacara program TV dan bisnes. Saya sendiri tidak ada masa untuk berehat dan mungkin disebabkan itu juga, saya tidak kisah jika tiada kekasih lagi,” kata pelakon berusia 29 tahun ini.

Perkembangan terkini, sepanjang bulan Februari ini Anis akan mula menjalani penggambaran sebagai pengacara program TV Cafe.com yang berkonsepkan Islam moden. Selain itu, Anis Al-Idrus juga akan mengeluarkan produk gincu yang mempunyai lima warna dan mula dijual pada 1 Februari 2017.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan