Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tuah ‘lamaran’ Datuk Aliff

Tatkala bicara bermula, kehidupan seharian yang banyak berkisar pembahagian masa antara kerjaya dan pendidikan menjadi topik utama.

Syahamimi Ezira Shahri 

Namun, semakin lama perbualan berlangsung gadis kelahiran Langkawi, Kedah ini kelihatan agak kekok menjawab segala persoalan yang diutarakan.

Segalanya berubah menjadi lancar apabila gadis berusia 21 tahun ini mula mendapat rentak dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Mengakui dirinya memang seorang pemalu, bagaimanapun Syahamimi Ezira Shahri, membuang perasaan tersebut kerana ingin melakukan perubahan seterusnya mengejar impian yang memerlukan dia menjadi seorang yang berkeyakinan dan berani.

“Sejak sekolah lagi, saya seorang yang pemalu, penakut dan sentiasa berasa rendah diri. Jarang sekali dapat melihat saya tampil menyertai acara pentas yang memerlukan saya bercakap di hadapan orang.

“Semuanya berubah apabila saya memberanikan diri mencuba nasib menyertai uji bakat pencarian model produk kecantikan bagi mencari duit poket ketika berumur 18 tahun. Tanpa disangka saya ‘dilamar’ sendiri oleh pengasas D’Herbs Holding, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk menjadi ‘wajah’ kepada produk-produknya.

“Saya fikir kerjaya itu terhenti setakat itu sahaja kerana saya masih terlalu takut untuk berdepan dengan kamera, tetapi Datuk Aliff pesan pada saya bahawa masa depan dalam bidang modelling cerah jika saya melakukan bersungguh-sungguh.

“Dia cadangkan saya rajin menyertai pertandingan pencarian model untuk mengatasi rasa gugup di hadapan kamera dan meningkatkan keyakinan diri berdepan dengan ramai orang.

Katanya, tidak mengapa kalau saya tidak terpilih kerana pengalaman itu lebih berharga untuk disimpan bagi membantu saya pada masa akan datang jika saya mahu serius dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui di Rona Mega baru-baru ini.

Mahu disapa sebagai Mimi, gadis ini kelihatan bersahaja dan selesa dengan bidikan lensa kamera ketika sesi fotografi dijalankan.

Keupayaannya beraksi dalam pelbagai gaya menampakkan kematangan sebagai seorang model versatil.

Tiada lagi dihantui perasaan malu dan gugup seperti dahulu, malah dia kini bukan sahaja bergelar model pakaian bagi butik-butik jenama terkenal bahkan menjadi duta kepada sebuah produk kecantikan yang sedang gah.

Sejak dia menyertai pelbagai pertandingan yang melibatkan aktiviti peragaan, tanpa sedar dia mulai jatuh cinta terhadap dunia tersebut.

Bukan populariti yang mahu dikejar, tetapi dia berbangga kerana kerjaya itu membantunya melalui fasa peralihan daripada rasa rendah diri kepala lebih berkeyakinan.

Mengetahui minat Mimi dalam bidang peragaan, keluarganya sentiasa menunjukkan sokongan, malah tidak pernah dia keluar bekerja tanpa ditemani mereka.

“Tidak timbul soal keluarga mengongkong, malah saya sendiri rasa lebih selamat apabila ibu bapa atau adik beradik lain menemani saya

“Bukan sahaja menjadi model, saya turut menjadi pengacara bagi saluran YouTube sebuah portal IT ( teknologi maklumat),” ujarnya yang pernah menjadi model video muzik Menanti Janji nyanyian Ronnie Hussein.

Bukan sahaja membuka satu lagi peluang kepada dirinya untuk mengasah kemahiran dalam cabang baharu, perubahan lain yang dialami termasuk pandangan terhadap kehidupan bahawa setiap individu boleh mencorakkan hala tuju sendiri.

Jika sebelum ini dia hanya membayangkan bekerja makan gaji berdasarkan latar belakang pengajiannya, namun apabila terjun ke bidang peragaan dan penyiaran tanpa sengaja, mengubah pandangan bahawa dia sebenarnya boleh melakukan perkara lebih besar.

“Apa yang penting adalah usaha tanpa henti. Kita boleh menjadi apa sahaja yang inginkan jika kita mampu melakukan perubahan terhadap diri sendiri.

“Sebelum ini ramai yang merasakan mustahil untuk saya menjadi seorang model apatah lagi bergelar pengacara, tetapi akhirnya saya berjaya buktikan tanggapan mereka salah.

“Saya sendiri berasa bersemangat untuk membawa nama pada peringkat yang lebih tinggi,” katanya anak kedua daripada tiga beradik yang baru sahaja menamatkan pengajian peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Port Dickson dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan