Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tribute P. Ramlee: Persaingan sengit

Sebahagian tetamu yang hadir pada sidang akhbar Anugerah Kasih
Sebahagian tetamu yang hadir pada sidang akhbar Anugerah Kasih P. Ramlee di The Boulevard, Mid Valley baru-baru ini.

MEMASUKI musim ketiga penganjuran Anugerah Tribute P. Ramlee yang bakal berlangsung esok di Auditorium Perdana Angkasapuri RTM menyaksikan beberapa pengarah baharu diberi kepercayaan untuk bersaing dengan ‘orang lama’ yang telah terbukti kredibiliti masing-masing.

Penerbit Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. (Suhan Movies), Datuk Rosyam Nor berkata, peluang tersebut sengaja diberikan kepada sutradara generasi muda agar lebih kompetitif serta adil.

“Peluang ini harus digunakan sebaik-baiknya untuk mengasah bakat pengarahan mereka ke satu tahap yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Platform menyertai anugerah ini bukan calang-calang kerana membabitkan majlis penganugerahan trofi terbaik. Jadi tak boleh main-main dalam menghasilkan sesuatu telefilem,” katanya.

Mengulas tentang penyertaan telefilem yang bertanding, Rosyam bersyukur kerana RTM menambah tiga lagi karya menjadikannya 16 telefilem kesemuanya berbanding hanya 13 telefilem pada musim terdahulu dan 10 telefilem pada musim pertama.

Katanya, Suhan Movies dan RTM menerima lebih 40 penyertaan pada peringkat 
awal dan setiap penulis skrip dipanggil untuk sesi pitching 
di depan panel yang telah dilantik.

“Hasilnya, 16 naskhah terbaik berjaya dipilih dan secara automatik layak dicalonkan pada Anugerah Tribute P. Ramlee 2016.

“Bagaimanapun menjelang acara kemuncak majlis anugerah tersebut Sabtu ini, satu karya bertajuk Fantasia Bulan Madu arahan Fahmi Sarindi terpaksa dikeluarkan daripada senarai gara-gara berlaku kerosakan teknikal terhadap salinan asal rakaman,” jelasnya.

Tambah Rosyam selaku 
pencetus idea asal penganjuran anugerah berkenaan, tahun ini telefilem yang bertanding bukan sahaja perlu menggunakan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan skrip tetapi harus menerapkan elemen semangat, idea dan falsafah yang menggambarkan Seniman Agung itu.

“Inilah perbezaan ketara yang dilakukan tahun ini 
sejajar dengan kematangan Anugerah Tribute P. Ramlee itu sendiri dan mahu melihat lebih banyak telefilem berkualiti diterbitkan.

“Persaingan memang sengit kerana skrip yang dihasilkan ada kualiti dan menepati tema yang dikehendaki,” jelasnya. - IFQDAR RAHMAN

Senarai telefilem serta pengarah dan penulis skrip 

  • Saling 
(Wan Afzam Wan Daud / Siti Jasmina)
  • Segalanya Dia 
(Hisyamudin Ahmad / Mazelan Manan)
  •  Tanya Sama Pokok 
(Nuhalim Ismail / Sofia J. Rhyland)
  •  Biar Biola Berbicara 
(Sabri Yunus / Mazelan 
Manan)
  •  Sri Bulan 
(Datin Paduka Suhaimi Baba)
  •  Hey Missy! 
(Nizam Zakaria / Wan Mahanu)
  •  Kalau Jodoh Tak Ke Mana 
(Anjeli / Azean HK)
  •  Redhaku Untukmu 
(Dira Abu Zahar / Wan Mahani)
  •  Putih Kemboja 
(Pali Yahya / Mazelan Manan)
  •  Apek dan Siti 
(Kye Fariz / Sheeran Din)
  •  Peluang Kedua
(Zamri Zakaria / Lynn Ahmad)
  •  Malam Ku Bermimpi 
(Melissa Saila / Megat Fauzi)
  •  Kembara Nal Dara 
(Al Jafree Mat Yusof / Tam Suhaimi)
  •  Aku Dan Dia 
(Feroz Khan / Sharifah Abu Salem)
  •  Sabotaj 
(Keoi / Sharifah Abu Salem)
  •  

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan