Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Trauma diugut tembak mati

Kim bercerita tentang saat-saat yang mencemaskan dalam hidupnya 3
Kim bercerita tentang saat-saat yang mencemaskan dalam hidupnya kepada media.

SAMPAI ke hari ini bintang realiti televisyen, Kim Kardashian tidak mampu untuk melupakan saat-saat cemas apabila diugut mati ditembak sekumpulan lelaki bersenjata, dalam sebuah kejadian rombakan membabitkan dirinya di Paris hujung tahun lalu.

Masih terngiang-ngiang di telinga jeritan kuat lelaki berkenaan berkali-kali yang meminta sosialit ini ‘bekerjasama’ dengan mereka jika tidak mahu mati. Atas sebab itu, Kim membiarkan tangan dan kakinya diikat manakala mulutnya pula dilekatkan dengan pita pelekat sebelum diletakkan dalam tab mandi.

Kepala Kim juga diacukan sepucuk pistol oleh seorang daripada lima perompak yang menceroboh masuk bilik hotel mewahnya di Paris sebelum ini.

“Saya merayu-rayu kepada perompok itu supaya tidak membunuh dan membiarkan saya terus hidup. Ambillah apa saja barangan yang diinginkan dalam bilik itu kerana apa yang penting pada waktu itu adalah keselamatan diri sahaja.

“Pada waktu itu, saya tidak kisah lagi kerana saya terkenangkan nasib anak-anak sahaja. Apa yang berlaku kepada mereka jika saya ‘tiada’ lagi di dunia.

“Macam-macam juga yang bermain di fikiran pada waktu itu. Yang pasti semuanya yang buruk-buruk bermain di fikiran hingga menyukarkan saya untuk bernafas dan berfikir secara normal,” kata Kim.

Ibu kepada North, 3, dan Saint yang berusia setahun ini berkongsi pengalaman ngerinya dalam episod baharu program Keeping Up With The Kardashian yang dikendalikan sejak beberapa tahun yang lalu.

Pada kejadian yang sama, Kim menanggung kerugian apabila kehilangan barangan kemas bernilai RM28 juta (6 juta euro) dan sebentuk cincin berharga RM18.49 juta (4 juta euro) rekaan Lorraine Schwartz yang dihadiahkan daripada suaminya, Kanye West.

Rompakan itu berlaku ketika Kim menjadi jemputan sempena Minggu Fesyen Paris yang berlangsung di ibu kota Perancis selama seminggu.

Bagaimanapun selepas kejadian itu berlaku, Kim tidak menyertai acara fesyen tersebut sebaliknya terus pulang ke Amerika Syarikat menaiki jet peribadi bersama pembantu dan pengawal peribadi, Pascal Duvier.

Yang pasti, kejadian rompakan itu menyebabkan Kim benar-benar fobia setiap kali mahu tampil di tempat awam apatah lagi mahu mempamerkan kemewahan yang dimiliki menerusi alam maya.

Ini sekaligus memberi pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati pada setiap langkah dan sama sekali tidak boleh menaruh kepercayaan kepada mana-mana pihak dalam urusan keselamatan diri.

“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Saya tidak sempat nak menghubungi sesiapa walaupun ketika itu, pereka rambut. Simone Harouche turut berada dalam hotel yang sama.

“Paling penting, selepas ini saya tidak boleh berkompromi soal keselamatan. Ia akan diperhebatkan lagi selepas ini,” ujar Kim lagi.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan