Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tidak terbeban dengan tekanan

syafiq kyle teruja setiap kali mendapat tawaran untuk watak berat
Syafiq Kyle teruja setiap kali mendapat tawaran untuk watak berat dalam sesebuah drama.

Bagi menghidupkan watak sebagai seorang jurugambar untuk drama Mencintaimu Mr. Photographer, pelakon Syafiq Kyle akui dirinya berdepan tekanan yang bukan sedikit.

Memakan masa berbulan-bulan untuk menjiwai watak yang diberikan, Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, turut menjelaskan bahawa kerja keras dan tekanan yang dihadapi membuatkan dia susut berat badan dan kelihatan kurus.

“Saya agak tertekan sepanjang melakonkan watak Jemy dalam drama tersebut. Karakter tersebut memerlukan saya menjiwainya sepenuh hati dan bermain emosi. Bagi saya tugasan itu sangat berat.

“Apabila penonton menyaksikan drama tersebut, mereka mungkin melihat saya dalam tempoh sebulan sahaja tetapi sebenarnya saya telah menjiwai watak tersebut termasuk menjalani penggambaran selama tiga bulan.

“Disebabkan saya perlu melalui semua itu, mungkin penyebab saya nampak kurus sekarang ini,” jelas Syafiq yang bergandingan dengan pelakon baharu dari Singapura, Hanna Delisha menerusi drama tersebut.

Meskipun perlu berdepan tekanan dan cabaran dalam memastikan kejayaan karakter yang dilakonkan itu, Syafiq tidak menjadikannya satu beban.

Sebaliknya, pelakon drama siri popular, Tanah Kubur ini menjadikan pengalaman dan peluang tersebut sebagai cara untuk tampil berbeza dalam setiap karya lakonannya.

“Sebenarnya tekanan seperti itu sama sekali tidak membebankan saya. Ini kerana saya memang suka mencuba sesuatu yang baharu dan berbeza daripada lakonan saya sebelum ini.

“Sejak awal kemunculan saya dalam dunia lakonan, saya sentiasa terapkan dalam diri untuk tampil berbeza agar penonton tidak bosan.

“Selain itu, saya pasti teruja setiap kali mendapat tawaran untuk watak berat dalam sesebuah drama,” jelas pemegang Diploma Filem, Teater dan Animasi ini.

Korban cuti

Bagi memberikan sepenuh komitmen terhadap drama yang menguji kemampuannya itu, Syafiq akui terpaksa mengorbankan sambutan Aidilfitri kerana terikat dengan jadual penggambaran.

“Sehingga hari ini, penggambaran drama ini masih belum tamat dan sedang berjalan seperti biasa. Disebabkan itu, saya dan pasukan produksi tidak dapat meraikan Hari Raya lalu dalam tempoh yang lama.

“Saya hanya sempat meluangkan masa dengan keluarga selama tiga hari dan telah kembali ke lokasi penggambaran pada hari raya keempat yang lalu.

“Saya tidak sabar untuk menghabiskan penggambaran ini dan mahu kembali menyambut hari raya dengan keluarga dan peminat,” jelasnya.

Drama Mencintaimu Mr. Photographer merupakan drama adaptasi novel yang mula ditayangkan pada 3 Julai di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Berbeza cara kerja

Tidak hanya mendapat watak dan penjiwaan yang berbeza, Syafiq juga berpendapat, bekerja dengan pengarah wanita memberi pengalaman baharu buatnya.

Menerusi drama tersebut, Syafiq bekerjasama dengan pengarah, Eyra Rahman.

“Secara peribadi, pada pandangan saya bekerja dengan pengarah lelaki dan wanita memang ada kelainannya.

“Yang saya nampak, pengarah wanita seperti Eyra begitu menitik beratkan permainan emosi untuk setiap karakter.

“Apabila pelakon melontarkan dialog, dia seolah-olah dapat merasai sama ada ikhlas atau tidak.

“Pun begitu, saya gembira untuk bekerja dengan mana-mana pengarah,” ujarnya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan