Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tidak rindukan bidang lakonan

GEMBIRA dengan haluan kerjaya kini, Leya jujur akui tidak merindui dunia lakonan dan berharap peluan
GEMBIRA dengan haluan kerjaya kini, Leya jujur akui tidak merindui dunia lakonan dan berharap peluang lebih diberikan kepada bakatbakat baharu.

SATU ketika dahulu, industri drama dan perfileman tempatan pernah diserikan dengan kehadiran pelakon yang cukup berbakat ini. Persembahan mengagumkannya dalam filem pelbagai genre seperti Idola dan Trauma berjaya meninggalkan kesan kepada audiens.

 

Kini, Sharifah Aleya yang sepenuh masa mengabdi diri di konti radio, reda menerima hakikat zaman kegemilangannya sebagai pelakon sudah berlalu.

Figura yang ditemui sempena Majlis Pelancaran Mizz Nina Show bertempat di Wisma UOA, Damansara baru-baru ini mengakui tidak merindui lakonan, malah gembira dengan haluan kerjaya kini.

“Ada peminat bertanyakan bila mahu kembali berlakon dan tidak dinafikan, hadir beberapa penerbit yang membuka tawaran. Tetapi, saya tetap dengan pendirian untuk tidak kembali (berlakon) dan biarlah aktif sebagai penyampai radio dan pengacara buat masa ini.

“Zaman saya sudah berlalu. Berilah peluang kepada bakat-bakat baharu pula untuk menyinar dan mengisi peluang yang ada,” katanya kepada S2.

Disoal sama ada dia akan mempertimbangkan sebarang skrip atau jalan cerita yang sesuai dengannya, Leya memberitahu segalanya bergantung kepada masa dan ketentuan.

“Saya akan pertimbangkan, tetapi jujur katakan ia tidak akan ambil masa lama untuk diputuskan. Saya rasakan kehadiran saya dalam industri sebagai pelakon adalah sesuatu yang tidak perlu.

“Terlalu ramai pelakon yang lebih berbakat di luar sana yang benar-benar mahu menyerlah. Mereka ini, kadang kala tidak dipandang. Jadi, kenapa pula saya perlu ambil peluang yang sewajarnya diberi kepada mereka?,” tambahnya.

Dalam pada itu, hanya berbaki lapan hari sebelum seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan semestinya, Leya antara selebriti yang tidak sabar meraikan hari kemenangan bagi umat Islam itu.

“Sejak mendirikan rumah tangga, sambutan Hari Raya Aidilfitri berbeza setiap tahun. Tidak seperti tahun lalu, saya menyambut Aidilfitri di Sabah. Tahun ini, kami sekeluarga akan berhari raya di Kuala Lumpur bersama adik beradik serta ibu dan ayah.

“Semestinya kemeriahan itu tetap ada, apatah lagi menyambut bersama ahli keluarga yang ramai. Kehadiran setiap ahli keluarga adalah keutamaan dan menjadi satu amalan dalam keluarga kami,” ujarnya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan