Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tidak rela berkongsi kasih - Qis

PADA zaman sekarang ini, segelintir gadis muda tidak kisah bercinta atau berkahwin dengan lelaki yang sudah berstatus suami. Bagi mereka, ianya tidak salah jika lelaki itu berkemampuan untuk berkahwin lebih dari satu.

Qis 

Namun berlainan pula dengan pendapat Gadis Panca minggu ini, Noor Hidayah Tuan Man atau lebih mesra dengan panggilan Qis. Gadis berambut hitam mayang ini tidak mahu menjadi pemusnah rumah tangga dan seboleh-bolehnya akan mengelak dirinya bercinta atau berkahwin dengan suami orang.

“Memang tidak salah untuk bercinta atau berkahwin dengan lelaki yang sudah berstatus suami. Dalam Islam pun ada mengatakan lelaki berhak untuk berkahwin lebih dari satu jika mereka berkemampuan. Ditambah pula mereka mendapat kebenaran dan persetujuan daripada isteri pertama.

“Setiap orang mempunyai pendapat mereka tersendiri mengenai isu ini. Bagi saya, kalau boleh tidak mahu menjadi perampas atau memusnahkan rumah tangga orang lain demi kepentingan sendiri. Jadi, saya akan cuba mengelak daripada berkenalan dengan lelaki yang sudah berkahwin.

“Setiap wanita yang bergelar isteri sudah semestinya akan berasa kecewa jika suami berlaku curang dan mempunyai hubungan dengan orang lain. Saya sendiri pun tidak sanggup untuk berkongsi kasih sayang.

“Bagaimanapun, bila bercakap soal jodoh bertemu dan berkahwin dengan suami orang, mungkin saya akan menerimanya tetapi dengan persetujuan isteri pertama dan kebenaran dari kedua belah pihak keluarga.

“Sebagai seorang wanita kena tahu jaga diri, maruah dan hormati kepunyaan orang lain. Sebelum nak terima lamaran, kena selidik latar belakang dia dan niat sebenar dia nak berkahwin dengan kita. Jangan mudah jatuh di tangan lelaki yang hanya mahu mengambil kesempatan sahaja,” kata Qis yang mempunyai wajah seakan pelakon Anzalna Nasir.

INFO

Nama: Noor Hidayah Binti Tuan Man

Nama panggilan: Qis

Tarikh lahir: 14 Mac 1994 (23 tahun)

Tempat lahir: Kelantan

Penyanyi pujaan: Ziana Zain

Pengalaman seni: Model iklan D’hebs dan pelakon tambahan drama Dia Sofia & Cik Cinderella dan Encik Tengku

Cita-cita: Pelakon

Moto kehidupan: Jangan mudah berputus asa selagi tidak mencapai apa yang kita impikan. Sentiasa berusaha dalam setiap yang kita lakukan supaya dapat yang terbaik dan usaha itu tidak menjadi sia-sia.

Impian menyertai Gadis Pancaindera: “Saya mahu merealisasikan impian sejak kecil untuk menjadi seorang pelakon yang dikenali dan ingin belajar lebih banyak mengenai dunia seni lakonan. Pertandingan ini merupakan salah satu langkah dan peluang untuk saya menonjolkan bakat yang ada. Ianya juga akan memberikan satu pengalaman yang bermakna dalam hidup.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan