Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terus berkarya

Enggan menyerah dengan masalah industri

MENIKMATI hidup dengan pelbagai aktiviti sihat sebagai jaminan
Menikmati hidup dengan pelbagai aktiviti sihat sebagai jaminan untuk kesejahteraan.

MERUPAKAN seorang penerbit, pengarah dan pelakon, tentunya Hans sendiri bukan nama baharu dalam industri. Malah tempoh 20 tahun sebagai anak seni juga banyak mengajarnya untuk tidak pernah berputus asa dengan bidang ini. Bagaimanapun tidak mahu terus menipu diri, ada nada kecewa yang disuarakan dirinya.

“Saya sering bercakap benar, dan sedikit sebanyak apa yang saya lihat dalam industri ini tidak banyak yang berubah. Sebagai penerbit, pengarah dan pelakon, mungkin hasil kerja itu nampak lebih hebat dengan bantuan teknologi, tetapi yang lainnya tetap sama.

“Sebab itu saya tetapkan pilihan untuk berkarya, bukan apa ini adalah minat saya dan saya tidak mahu mengambil remeh dengan apa yang saya buat,” katanya.

Tidak menolak senang bekerja dengan orang-orang yang berbakat sahaja, kata Hans definisi popular sahaja tidak mencukupi buat seseorang itu untuk bergelar pelakon.

“Apa yang membezakan seorang pelakon dan orang lain adalah bakat, kalau bab bergaya saya pasti semuanya mampu buat. Sebab itu perlu bagi seseorang mempunyai bakat.

“Kalau ikutkan ramai artis-artis baharu kini yang saya tidak kenal, biarlah orang kata saya hanya selesa bekerja dengan rakan-rakan sahaja, tetapi saya yakin mereka mempunyai bakat,” katanya.

Kali terakhir muncul sebagai pelakon dalam filem Nota bersama Maya Karin, jelas Hans dia tidak kisah untuk mengambil masa yang lama sebelum bersetuju membintangi mana-mana filem. Tambahnya, apa yang penting adalah kepuasan buat dirinya sendiri.

“Sebenarnya saya sudah bersetuju untuk membintangi sebuah filem produksi Indonesia. Malah saya akan terbang ke Jakarta untuk menjalani penggambaran di sana.

“Sebab utama saya bersetuju membintangi filem ini adalah kerana kesungguhan mereka ke sini untuk memberi tawaran dan barisan pelakon yang bakal beraksi dalam filem itu juga bukan calang-calang. Jadi saya lihat ini sebagai peluang terbaik buat diri saya,” kata Hans.

Antara artis yang akan membintangi filem ialah Mulan Jameela.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan