Teruja namun 
risau – Raja Ilya

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Aktres popular, Raja Ilya tidak dapat menyembunyikan pe­­rasaan gembira dan teruja ke­rana bakal terlibat dalam satu penggambaran filem Hollywood terbitan Marvel.

KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI2017 - Pelakon, Raja Ilya ketika sesi
 

Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohamad, 32, berkata, dia tidak menyangka percubaan pertama yang bertitik tolak daripada kenalan rapatnya telah membuka pintu sehingga dia berjaya mendapat tawaran yang cukup membanggakan itu.

“Ini kali pertama saya mencuba, sebelum ini memang tidak pernah hadir untuk uji bakat atau sebagainya. Lagipun, tawaran ini saya dapat setelah kenalan memperkenalkan nama saya kepada produ­ser di sana.

“Semestinya saya teruja namun dalam pada masa yang sama gementar. Paling merisaukan adalah langkah besar saya ini membawa sekali nama tanah air tercinta, jadi agak gemuruh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ilya juga belum boleh mendedahkan watak serta filem yang bakal dia terlibat kerana perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan.

Malah menurut pelakon Suamiku Encik Perfect 10 itu, dia sendiri tidak dapat memberi sebab mengapa dalam kalangan pelakon-pelakon lain, namanya terpilih untuk ke Hollywood.

“Saya masih sama seperti dahulu, kalau hendak jawab sebab apa saya terpilih, saya pun tak tahu nak jawab macam mana. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Saya percaya kepada usaha dan bakat yang ada memudahkan jalan ini.

“Sejak mula berlakon lagi saya memang tidak kenal erti putus atas. Sentiasa mencuba untuk menembusi pasaran luar. Selagi kita mampu dan yakin diri, kita harus terus mencuba tanpa rasa ragu,” katanya.

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati