Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terjemahan perjalanan seni Ella

CAPTION 7

TIGA puluh tahun mengabadikan diri dalam bidang nyanyian benar-benar diterjemah di atas pentas. Jika dilihat kepada keseluruhan persembahan Ella malam minggu lalu ternyata dia berada pada landasan yang tepat untuk digelar antara legenda yang pernah dilahirkan oleh industri seni tanah air.

Dengan durasi konsert hampir tiga jam, Ella masih mampu mengekalkan momentum persembahan dan membuatkan sebahagian besar peminat yang hadir terpaku dan mengakui kemampuan Ratu Rock ini.

Tidak seperti kebanyakan penyanyi wanita seusia atau mungkin lebih muda daripadanya yang tidak mampu menyanyi lama di atas pentas, Ella masih selamba menyanyikan lebih 20 lagu sekaligus membuktikan usia bukan penghalang.

Jika dihitung, Ella sebenarnya sudah lama tidak beraksi solo seperti Konsert Ella 2016 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor minggu lalu.

Kali terakhir dia muncul dalam konsert solo kira-kira 10 tahun lalu dan pastinya momentum yang diberikan kali ini lebih hangat dan menyengat dengan perincian terhadap elemen muzik secara keseluruhannya.

Pada malam tersebut, 8,000 peminat berkumpul bagi meraikan kegemilangan penyanyi ini. Lautan peminat yang hadir begitu teruja menantikan kemunculan Ella yang hadir serba putih mengikut tema konsert.

Membuka tirai persembahan, Kaka mendendangkan dua buah lagu berjudul Bukan Hal Aku dan Standing In The Eyes Of The World yang pernah menjadi lagu tema untuk Sukan Komanwel 1998 sebelum pentas dihangatkan oleh kumpulan Bunkface.

Pastinya kumpulan yang berasal dari Kelang, Selangor itu tidak kalah dengan lagu Malam Ini Kita Punya dan Darah Muda yang sedang hangat diputarkan di kebanyakan stesen radio tempatan.

Dan kemunculan Ella selepas itu nyata menghangatkan malam. Dengan blous serba putih dan seluar jeans koyak, kelibat Ella sudah cukup untuk menggamatkan keseluruhan stadium yang rata-rata tidak sabar menantikan kejutan demi kejutan daripada penyanyi ini.

UBAT KERINDUAN

PERSEMBAHAN dibahagikan kepada beberapa segmen, pastinya Ella sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

Menyanyikan lagu yang jarang didengar, pastinya itu juga merupakan satu percaturan yang dibuat oleh wanita ini dengan Man Kidal yang dilantik sebagai pengarah muzik untuk konsert tersebut.

Pastinya lagu-lagu yang dimainkan ada yang benar-benar menangkap dan ada juga yang jarang dinyanyikan namun kerana perincian muzik yang teratur, segala-galanya tidak meninggalkan kesan buruk kepada peminat yang hadir.

Pada satu segmen lain pula, Ella juga membawakan kejutan dengan menjemput suaminya, Kapten Azhar Ghazali untuk berduet menerusi lagu Mendung Tak Bererti Hujan.

Selain itu, Ella juga membawa semula adiknya, Korie ke atas pentas. Pastinya ingatan khalayak kembali terarah kepada lagu Pergilah Sayang yang pernah dipopularkan oleh mereka satu ketika dahulu.

Selain vokal Ella yang masih mantap, kekuatan utama konsert ini juga terletak kepada barisan pemuzik yang mengiringinya. Kehadiran gitaris jemputan nyata memberikan nilai tambah kepada perjalanan konsert tersebut.

Kehadiran Lord sendiri bagaikan mengubati semula kerinduan peminat terhadap Ella & The Boys yang menjadi permulaan kepada kerjaya seni Ella tiga dekad yang lalu.

Meskipun ‘jodoh’ mereka tidak lama sebelum wanita tersebut mengambil keputusan bergerak solo namun hubungan yang terjalin masih akrab sehingga hari ini.

Selain Lord, turut hadir mengiringi Ella termasuk Joe Wings, Edrie Hashim dan Hillary Ang.

Turut sama memberikan kejutan pastinya kehadiran Kyoji Yamamoto yang juga merupakan gitaris terkenal dari Jepun.

Antara lagu yang dinyanyikan Ella malam itu terdiri daripada Permata Biru, Justeru, Bendera Damai, Pengemis Cinta, Penawar, Cinta Selembut Sutera, Sembilu, Dua Insan Bercinta, Layar Impian dan Mungkin.

Turut dinyanyikan lagu-lagu seperti Kasih, Bayangan, Rindu, Demi, Menanti, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Kitalah Bintang, Bolero, Tiada Tangis Lagi dan Gemilang.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan