Menerusi laman sosial, Instagramnya, pelakon berusia 35 tahun itu berkata, dia sa­ngat menghargai sokongan dan kasih sayang peminat yang bersamanya mengharungi la­utan seni selama lebih 15 tahun.

“Satu hari lagi sebelum majlis ‘terbesar’ saya. Dengan rendah hati, saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang menghujani saya dengan kasih sayang dan positiviti.

“Keluarga, sahabat dan pe­­minat yang bersama saya lebih 15 tahun, saya hargai sokongan dan kegembiraan yang anda hadiahkan. Anda tahu siapa anda. Saya sayang kamu semua,” kata pelakon Janji Zehan ini.

Pasangan yang mula menjalinkan hubungan cinta ketika sama-sama menjayakan drama Hero Seorang Cinde­rella ini bakal mengadakan majlis resepsi berkonsepkan fairy tale atau kayangan.

Majlis tersebut diadakan secara eksklusif khusus untuk keluarga dan kenalan rapat kedua-dua selebriti terbabit.

Manakala sebuah lagi majlis membabitkan peminat yang akan diadakan pada 11 Mac depan pula bertemakan tradisional dengan sedikit sen­­tuhan fantasi.

Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup yang te­lah mencetuskan kontroversi di sebuah hotel terkemuka di sini pada 28 November tahun lalu.

Dengan sekali lafaz pasa­ngan tersebut bergelar suami isteri dalam majlis yang berlangsung pukul 9.50 malam yang hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat pasangan itu.

Fattah dan Fazura sebelum ini mengumumkan mereka mengikat tali pertunangan pada 13 November tahun lalu.