Swift yang bermurah hati mendermakan wangnya kepada bayi berusia 13 bulan, Ayden yang juga anak saudara kepada penari latarnya pada konsert 1989 World Tour. Agensi

Menurut Female First, Swift yang bermurah hati mendermakan wangnya kepada bayi berusia 13 bulan, Ayden, yang juga anak saudara kepada penari latarnya pada konsert ‘1989’ World Tour.

Selain itu, Swift juga ada meninggalkan mesej di halaman GoFundMe untuk membantu

Ayden.

“Ayden, saya bernasib baik kerana dapat membuat persembahan dengan bapa saudara kamu, Toshi. Kami semua berdoa untuk kamu,” katanya.

An Toshi turut memuat naik gambar Swift ketika memberikan derma di laman Instagram dan menulis kapsyen, “Swift adalah penyanyi yang sangat baik dan rendah diri.

“Swift adalah manusia yang sangat luar biasa, dia banyak menolong Ayden untuk masa ini. Ia merupakan hadiah terbaik yang kami tidak jangkakan,” katanya.

Ini bukan kali pertama Swift menderma wang kepada mereka yang memerlukan.

Pada Julai lalu, dia menderma sebanyak $50,000 (RM189,615) kepada kanak-kanak berusia 11 tahun, Naomi Oakes selepas dia disahkan menghidap akut Myelogenous Leukemia.