Semalam, menerusi akaun Twitter Sufian Suhaimi, dia ada memuat naik satu status berbunyi : “This hurts so bad” dan kenyataan itu jelas menggambarkan dia sedang ‘menderita’ angkara cinta.

Ditambah pula dengan kenyataan ibu kepada pelakon Elfira Loy, Filzah Yusoff yang mengesahkan perkara tersebut baru-baru ini, status itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Seorang pengikutnya yang menggunakan nama Momo berteka-teki : “Erm, adakah ini suatu gimik? Sufian nak keluarkan lagu baru, kan? Cupak Cupak Cupak (Cuba Lepak).”

Sementara itu, Nur Qaseh Aurora pula berkata, setiap perkara yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan Sufian harus tabah menerimanya.

“Allah tidak akan memisahkan sesuatu melainkan itu adalah kebaikan dan Allah tidak akan menyatukan sesuatu kecuali itu adalah kebaikan. stay strong, pian. (Kekal tabah, Sufian),” ujar Nur Qaseh.

Status yang dikongsi Sufian 18 jam lalu kini mendapat lebih 2,000 Retweet dan lebih 1,800 Like. - UTUSAN ONLINE