Neelofa

Rasanya semua tahu kisah antara mereka bertiga ini memang panas. Walaupun tidak sepanas kawah gunung berapi, tapi cerita mereka tak pernah habis. Ditambah dengan ‘nasi tambah’ yang dititipkan oleh peminat di laman sosial ia menjadi penambah rasa kepada cerita yang tak pernah habis ini.

“Kalau saya di tempat dia, saya tidak akan tukar penerbangan dan buat seperti tiada apa-apa,” kata Neelofa yang memang sering memilih untuk bercakap secara terbuka dalam banyak hal.

Dedah Neelofa lagi, memang dia sudah merancang percutian tersebut lebih awal dan sewaktu hari kejadian, dia ada bertembung dua kali dengan pelakon berkenaan di KLIA. Jadi tiada sebab untuk peminat mengatakan yang dia melarikan diri seperti mana didakwa.

Yang lari sebenarnya bukan Lofa, tetapi Fattah. Sebabnya dia sendiri ada memberitahu dia terpaksa menukar jadual penerbangan setelah mengetahui Neelofa ada bersama selain atas nasihat keluarga. Hmmm.. macam-macam hal!

Melihatkan ‘drama’ antara mereka ini, rasanya masing-masing memang tak boleh nak bertentang mata lagi, kan. Betul ke macam tu? Alah, sangat tidak matang.