Siapa Caliph Buskers?

Menjadi popular selepas bergandingan dengan kumpulan Mojo

KUALA LUMPUR ,  21 JANUARI 2015 - Fotografi Caliph Busker di Utusan 5
SYAHZMEEN (SHAKER/JURUTEKNIK)

KEMUNCULAN mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak tentang kebolehan sebuah kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan mementaskan lagu Romancinta nyanyian asal kumpulan Mojo.

Dengan kehebatan itu, Caliph Buskers yang bergandingan bersama Mojo pada malam itu telah muncul sebagai pemenang trofi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Ramai beranggapan percaturan komposer Edry Abd. Halim menampilkan kumpulan ini sebagai menjadi. Memang, Edry sendiri mengakui perkara itu dan idea membawa Caliph Buskers ke pentas nyanyian adalah kerana rasa cintanya selepas menonton persembahan mereka mendendangkan lagu Romancinta di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

“Secara kebetulan, kumpulan Mojo memang berdepan dengan masalah vokalis untuk membuat persembahan lagu Romancinta. Saya terus terfikir menampilkan Caliph Buskers untuk beraksi di pentas.

“Selepas berbincang, mereka juga bersetuju menyahut cabaran di pentas akhir AJL29. Alhamdulillah, rezeki juga berpihak pada mereka kerana menyanyi dengan ikhlas,” kata Edry.

Kejayaan sudah dicapai oleh Mojo bersama Caliph Buskers. Elok rasanya Mega memperkenalkan biodata kumpulan ini.

SYAHZMEEN (SHAKER/JURUTEKNIK)

Nama sebenar: Mohd. Syahzmeen Abdul Rahman

Umur & Tarikh Lahir: 24 tahun (23 Mac 1991).

Asal: Kuala Lumpur.

Status: Bujang (Belajar muzik daripada Azmi).

Masih mampu melihat tetapi tidak sepenuhnya dan boleh menunggang motosikal.

Bertindak sebagai juruteknik kumpulan dan memuat naik video persembahan di YouTube. Juga mengendali media sosial kumpulan seperti Facebook.

ZAKI (GITARIS/VOKALIS)

Nama sebenar: Mohd. Zaki Ismail

Umur & Tarikh Lahir: 36 tahun (31 Oktober 1979).

Asal: Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Status: Berkahwin (isteri, Salehatun Mohd. Salleh, 33, juga OKU cacat penglihatan dan bekerja tetap sebagai tukang urut). Mempunyai dua orang anak perempuan yang normal (Nor Alisha Amani, 5, dan Nor Aliya Nadhira, 3).

Datang ke Kuala Lumpur pada 2011 selepas kematian ibunya, Hadibah Madamin akibat lumpuh.

Membuka perniagaan kedai urut, Golden Touch Massage Therapy Centre bersama rakan OKU di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

FENDY (CAJON/VOKALIS)

Nama sebenar: Fendy Adlun

Umur & Tarikh Lahir: 24 tahun (24 November 1991).

Asal: Ipoh, Perak.

Status: Berkahwin pada 3 Mei 2014 (isteri ahli kumpulan Caliph Buskers bernama Nadira, juga OKU cacat penglihatan dan berasal dari Kapit, Sarawak). Isterinya sedang mengandung lima bulan, anak sulung.

Pernah mengikuti kursus urutan di Persatuan Orang-orang Buta Malaysia pada 2011.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini pernah dihalang keluarga untuk bermain muzik dan meminati lagu Fantasia Bulan Madu.

WAN (GITARIS)

Nama sebenar: Nirwan Zainalabidin

Umur & Tarikh Lahir: 26 tahun (28 Februari 1989).

Asal: Kuching, Sarawak.

Status: Bujang dan merupakan anak ketiga daripada lapan beradik.

Pernah menjadi gitaris band OKU cacat penglihatan di Kuching sebelum ke Kuala Lumpur pada 2013 seorang diri.

Mendapat pendidikan menengah sehingga tingkatan enam di SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

AZMI (VOKALIS/BASIS)

Nama sebenar: Khairul Azmi Mohd. Saat

Umur & Tarikh Lahir: 28 tahun (27 September 1987).

Asal: Mersing, Johor.

Status: Berkahwin pada 2011 (isteri juga OKU cacat penglihatan bernama Nazira Muhammad, 29, bekerja sebagai operator telefon di Jabatan Perancangan Bandar).

Pernah bekerja sebagai jurujual langsung dan pekerjaan terakhir sebagai tukang urut di Hospital Mata Tun Hussein Onn.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur sebelum ke tingkatan enam di St. John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati