Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sheila On 7 masih ampuh

Persembahan konsert Shiela On7 di 2

SUDAH lama sebetulnya mereka tidak ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan sebarang aktiviti dan jika dihitung nama Sheila On 7 (SO7) sendiri sudah jarang kedengaran sejak beberapa tahun lalu.

Tambahan pula dengan penangan beberapa kumpulan Indonesia lain yang lebih kerap ke sini, ada kala membuatkan tumpuan khalayak bagaikan terlupa dengan kewujudan mereka.

Namun begitu, malam minggu lalu bukti kehebatan SO7 masih berbisa. Hampir 8,000 peminat memenuhi ruang sebagai solidariti untuk kumpulan yang banyak mempengaruhi hidup mereka sejak dua dekad lalu.

Terbayang keterujaan di wajah Duta, Eross, Adam dan Brian tatkala melihat sorakan bergema daripada peminat. Tidak sekadar golongan remaja tetapi kebanyakan peminat yang hadir sudah pertengahan usia yang masih menagih magis mereka.

Harus diakui, SO7 cukup dekat di hati peminat di tanah air. Meski sudah lama tidak ke sini, perhatian dan tumpuan khalayak masih seperti dahulu dan membuktikan lagu-lagu seperti Sephia, Kisah Klasik Masa Depan dan Melompat Lebih Tinggi terus menjadi igauan.

Perjalanan yang dilalui oleh mereka bukan sedikit. Dalam tempoh dua dekad menghiburkan peminat di serata tempat, pengalaman yang ada diterjemah di atas pentas untuk memenuhi keinginan pemuja mereka.

Pada malam tersebut, Noh Salleh dengan Restoe Ibu Band dan Nadira Adnan membuka acara. Lagu-lagu seperti Musim Hujan, Aku Skandal, Gelung, Isi Hati, Sang Penikam dan Angin Kencang memanaskan suasana dalam dewan.

Sebaik sahaja mereka menamatkan persembahan, khalayak mula menjerit tatkala melihatkan keempat-empat anggota yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ini di atas pentas.

Pastinya sahaja buat peminat yang sudah sering menyaksikan konsert mereka lewat sedekad lalu sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia kepada mereka yang kini sudah menginjak kematangan dalam kehidupan.

Kematangan

HARUS diakui kematangan SO7 sebagai sebuah kumpulan semakin ketara.

Komposisi lagu diberikan nafas baharu bagi menyuntik kesegaran sementelah sekian lama tidak hadir ke sini mengadakan konsert berskala besar.

Petikan gitar bass Adam, ketukan deram Brian dan kematangan suara Duta sendiri lebih banyak terserlah pada malam itu.

Sudah pasti tumpuan lebih terarah kehebatan Eross memetik gitar memandangkan dia antara mastermind yang mencorakkan SO7 dengan karya-karya hebat sejak awal kemunculan.

Membuka panggung malam itu, pastinya lagu Pria Terhebat yang disambut dengan jeritan.

Hampir satu jam setengah melihatkan mereka beraksi, SO7 sebenarnya masih ampuh sebagai sebuah kumpulan popular di sini. Kehebatan mereka di atas pentas tidak pernah tergugat.

Nikmat yang dikecapi oleh SO7 sebenarnya jauh lebih baik jika mahu dibandingkan dengan kumpulan seangkatan yang berasal dari negara sama.

Antara lagu lain yang dipersembahkan pada malam tersebut termasuk Jap, Sahabat Sejati, Hari Bersamanya, Pemuja Rahsia, Yang Terlewatkan, Bila Kau Tak Di Sampingku, Tanyaku dan Kita.

Turut dinyanyikan lagu Tunjukkan Satu Bintang, Percayakan Padaku, Seberapa Pantas, Sephia, Betapa, Kau Kini Ada, Pria Kesepian, Pede, Lapang Dada, Melompat Lebih Tinggi, Dan dan Kisah Klasik Untuk Masa Depan sebagai penutup acara yang nyata memberikan kepuasan kepada peminat tegar SO7.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan