Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sheila gemuruh menjelang konsert

 2

SETIAP penghibur, baharu atau lama pasti rasa gemuruh sebelum beraksi di atas pentas. Perasaan itu sukar di padam apatah lagi ketika beraksi di hadapan ribuan penonton.

Bagi penghibur legenda, Datuk Sheila Majid, perasaan gemuruh adalah satu kebiasaan buatnya. Bakal menghiburkan dalam Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017 pada 5 Ogos ini di Stadium Negara, Sheila akui gementar berdepan hari menjelang konsert tersebut.

“Memang gemuruh kerana jangkaan penonton adalah tinggi. Tetapi, rasa itu akan menyemarakkan lagi semangat saya untuk membuat yang terbaik pada konsert itu.

“Pada masa sama, berkomunikasi dengan penonton yang ramai dalam konsert berskala besar bukan mudah. Oleh yang demikian, saya perlu bersiap sedia dan memastikan semua berjalan lancar ketika membuat persembahan nanti,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar berkaitan konsert tersebut di DoubleTree by Hilton baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Sheila memberitahu dia terlibat secara menyeluruh dalam menjayakan konsert tersebut. Beliau berharap, konsert itu akan berjalan lancar dan meninggalkan memori indah kepada peminat yang menanti kemunculannya di atas pentas setelah sekian lama.

“Segala perancangan dan persediaan berjalan rapi. Tetapi, kerisauan wujud kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku tanpa dijangka.

“Selain kegagalan teknikal, jatuh sakit menjelang konsert merupakan antara perkara paling menakutkan bagi saya. Namun, sebagai penghibur, tiada istilah ‘jatuh sakit’ dan persembahan harus diteruskan. Harapan saya, semua berjalan sempurna nanti,” katanya.

Mengulas tentang persembahan dalam Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017, penyanyi yang sudah 30 tahun mengabdikan diri dalam industri ini memberitahu, dia tidak akan tampil dengan sebarang gimik, namun tetap menjanjikan sesuatu yang istimewa buat penonton.

“Peminat tahu, apabila membuat persembahan, jarang sekali saya tampil bersama gimik. Mereka menjangkakan persembahan muzik yang berkualiti dan bertenaga.

“Apa yang pasti, saya akan nyanyikan lagu-lagu popular termasuk Sinaran dan Aku Cinta Padamu untuk mengembalikan nostalgia dan mewujudkan momen istimewa pada konsert itu nanti,” jelasnya.

Disoal sama ada penyanyi tersohor itu menjaga pemakanan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai langkah persediaan sebelum berlangsungnya konsert, Sheila memberi jawapan berbeza.

“Saya adalah peminat makanan tempatan terutama makanan pedas. Sejak dahulu, saya tidak pernah berpantang dalam soal makan, cuma saya elak minuman berais.

“Namun, saya kekalkan kecergasan dengan bersenam kerana pada usia kini, stamina mulai lemah. Dan untuk menyanyi dalam konsert yang besar, memerlukan tenaga yang banyak,” ujarnya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan