Shahir atau sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 29, mengakui bahawa dia dan Erra masih berkawan rapat.

"Selama ini saya bukannya melarikan diri daripada pihak media tetapi saya sibuk menguruskan perniagaan di kampung halaman saya, Kampar, Perak.

SHAHIR
SHAHIR

"Sepanjang tempoh tersebut, hanya Erra yang menjawab semuanya mengenai hubungan kami. Saya rasa kasihan terhadap Erra yang perlu berdepan situasi itu sendirian.

"Kini, sudah tiba masanya untuk saya pula menjelaskan segalanya kerana sebagai lelaki saya perlu menggalas tanggungjawab tersebut.

"Kami masih berkawan rapat dan kerap berhubung walaupun jarang berjumpa. Bagaimanapun, untuk ke langkah seterusnya, saya serahkan kepada takdir," kata Shahir pada wartawan ketika ditemui di pertandingan akhir Gema Gegar Vaganza di sini sebentar tadi.

Pada masa sama, Shahir memohon agar semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk merekq berdua.

Shahir turut berjanji akan mengumumkan perkembangan terbaharu mengenai hubungan mereka berdua apabila sampai masanya kelak.

"Apabila tiba masanya, saya akan kongsi bersama media, insya-Allah. Tunggu berita gembira daripada kami," jelasnya lagi.

Sementara itu, dengan kemunculannya kali ini, pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisah itu turut merancang untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

"Sekarang perniagaan saya sudah stabil, jadi saya mengambil peluang ini untuk kembali aktif menyanyi. Buat masa ini, saya sedang merancang untuk merakam lagu baharu," ujarnya. - UTUSAN ONLINE