Namun, kenyataan itu disangkal oleh anak perempuannya, Suhana Khan yang berusia 10 tahun ekoran tabiat merokok bapanya.

Berhubung perkara tersebut, SRK mengemas kini statusnya dalam laman sembang sosial Twitter yang berbunyi 'Suhana bertanyakan kepada saya bagaimana saya boleh dianggap sebagai contoh kepada semua orang, sedangkan saya menghisap rokok?'

Ternyata soalan yang diajukan anak perempuannya itu membuatkan SRK berfikir sejenak mengenai tabiat merokoknya itu.

"Saya sayangkan keluarga saya dan soalan Suhana itu membuatkan saya berfikir mengapa perlu saya merokok.

"Saya akan berusaha untuk berhenti merokok dan memberi contoh yang terbaik kepada anak-anak sebelum dunia mengiktiraf saya sebagai yang terbaik," ujar pelakon berusia 46 tahun itu.

Sementara itu, SRK mengakui dia menjadi perokok tegar ekoran tekanan ketika berlakon dan membuatnya ketagihan.

"Itu (merokok) adalah tabiat saya yang paling teruk," jelasnya. - AGENSI