Namun pemergian anak kepada penyanyi nasyid Unic, Bazli Hazwan Osman yang meninggal dunia hari Rabu lalu, bagaikan tidak menggoncang emosi lelaki ini. Ya, dia kuat menghadapi kenyataan yang anak sulungnya itu bakal berangkat ke negeri abadi.

Kehilangan Muhammad Syahid, tiga tahun, yang menghidap barah lymphoma sudah lama diketahui ramai. Bazli sendiri tidak pernah menyorokkan dugaan yang menimpa mereka sekeluarga sejak anak kesayangannya itu ‘menghuni’ rumah sakit.

Kini keletah Syahid tidak lagi dapat disaksikan seperti mana yang selalu dikongsi oleh Bazli menerusi laman sosial Istagram miliknya. Hanya kenangan yang tinggal, terus menjadi ingatan kepada kita semua.

Dalam satu segi, Bazli cekal menghadapi ujian. Tidak malu mencari biaya dan penawar untuk anak kesayangannya itu, dia antara contoh terbaik yang patut diteladani. Dan ketika sembahyang jenazah dilakukan, dia masih tenang dan akhirnya membuatkan ramai sebak melihat ketabahan lelaki ini.

Tenanglah Syahid di sana, sesungguhnya syurga menantimu nanti. Kepada Bazli dan keluarga semoga terus tabah menghadapi hari mendatang.