Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan masuk memandangkan majlis tersebut hanya mengundang ahli keluarga terdekat dan sahabat handai kira-kira seramai 100 orang.

Antara artis yang kelihatan hadir memeriahkan majlis ialah Syazwan Zulkifli, Angah Raja Lawak, Abby Fana dan Hael Hussaini.

Terdahulu, pasangan selebriti tersebut dipercayai menjalin hubungan pada tahun lalu dan saling berbalas komen mesra di laman sosial masing-masing. - UTUSAN ONLINE