Dia menyatakan yang sudah bersedia untuk membawa wanita tersebut ke peringkat seterusnya. Peringkat apa tu? Faham-fahamlah sendiri kalau masuk dalam bab orang bercinta ni, itu pun nak tanya lagi ke? Ishhhh!

Dua tiga hari lepas, tiba-tiba jadi tular gambar Erra dan Shahir pergi berbuka puasa bersama-sama. Manis berseri sungguh penampilan mereka, maklumlah orang sedang berbahagia.

Nasib baik kejadian itu di Melaka, kalau di Kuala Lumpur pasti sudah kami terjah awal-awal lagi. Masa tu mungkin kesipu-sipuan wajah kedua-dua mereka apabila diserbu wartawan hiburan. Tetapi sebab kejadian di Melaka, selamatlah sikit.

Mereka hadir ke situ bagi meraikan anak yatim anjuran satu produk kecantikan. Ini kemunculan pertama secara bersama-sama, berdua dan nampak cukup mesra. Aduh, aduh, aduh, nampak bertambah padu dengan berbaju hijau. Sedondon lagi, begitu.

Bukan main gembira nampaknya pasangan ini meraikan tetamu yang hadir. Menariknya gambar-gambar yang tular di kebanyakan media diambil daripada Instagram milik Shahir.

Ha, dah semakin berani dan terbuka tu, tak lama lagilah nampaknya. Rasanya elok dipercepatkan sahaja perkara yang elok. Dah mesra macam tu, rugi besar kalau tunggu lama-lama lagi. Ya tak?