Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Scha jaga Awal berpantang

KUALA LUMPUR 11 Jun 2017-Awal Ashaari,Scha Alyahya dan anak mereka
Awal Ashaari,Scha Alyahya dan anak mereka Lara Alana pada Majlis berbuka puasa anjuran ASTRO di Hotel Majestic

Permulaan Ramadan lalu memberi pengalaman berbeza buat pengacara, Awal Ashaari apabila dia menjalani pembedahan bagi membuang hempedu kerana terdapat ketulan batu di dalamnya.

Tidak berehat panjang, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 36, kembali bekerja selepas tiga hari mendapatkan rawatan.

Menurut Awal, komitmen kepada tugas dan keadaannya yang tidak terlalu teruk membuatkan dia yakin untuk terus bekerja. Bagaimanapun, bapa kepada Lara Alana ini mengakui perlu berpantang terutama melibatkan soal pemakanan.

Mengganggap satu perkara yang sukar untuk dilakukan, Awal berasa cukup bertuah kerana dikurniakan isteri yang memahami dan tegas menjaganya.

“Alhamdulillah saya kini semakin beransur sihat. Walaupun tidak sempat untuk berehat panjang kerana perlu bekerja dan menghadiri majlis berbuka puasa pada Ramadan lalu, saya bersyukur diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Sekarang ini saya perlu ubah corak pemakanan untuk disesuaikan dengan diet yang baharu. Saya tidak dibenarkan mengambil makanan berminyak, berlemak dan pedas. Doktor juga menasihati saya supaya memperbanyak pengambilan sayur-sayuran dan ikan.

“Peraturan pemakanan ini agak sukar bagi saya kerana saya seorang penggemar makanan berlemak dan bergoreng.

“Apabila dinasihatkan supaya ‘memotong’ semua jenis makanan tersebut daripada menu harian, saya agak tertekan jugalah.

“Akan tetapi saya cukup bertuah kerana beristerikan seorang ‘doktor’ yang sentiasa memantau menu pemakanan saya walaupun dia agak garang dan tegas,” jelas Awal.

Dalam pada itu, pengacara Melodi ini turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak mampu menikmati juadah sempena sambutan hari raya kali ini.

“Kalau ikutkan, salah satu sebab saya lakukan pembedahan ini pada awal bulan puasa lalu supaya saya ada waktu untuk sembuh dan dapat menikmati juadah raya.

“Namun melihat kepada keadaan terkini serta pesanan doktor supaya menjaga pemakanan, saya tidak dapat menikmati sepenuhnya juadah enak perayaan ini.

“Sebenarnya saya perlu praktikkan penjagaan diet ini bukan sahaja untuk menyambut hari raya tetapi juga bagi membiasakan diri selepas habis Syawal ini,” ujarnya.

Cabaran menjaga orang sakit

Scha tidak menafikan bahawa sangat mencabar apabila menjaga suami yang tidak sihat. Namun Scha punya petua yang tersendiri bagi mengawal dan menjaga Awal yang disifatkan sebagai seorang yang degil.

“Cabarannya ialah sama ada orang itu degil atau tidak. Sebenarnya dalam hal ini Awal sangat degil. Kalau dia rasa nak makan, dia tidak peduli hal lain. Dia akan buat undang-undang dia sendiri.

“Pada awal pembedahannya, saya biarkan sahaja dia mengikut kehendaknya. Saya rasa apabila dia sudah bersedia untuk berpantang dan betul-betul menjaga pemakanan, barulah saya akan bertegas dengannya.

“Bukan saya sahaja tetapi kawan-kawan yang lain juga risau dengan keadaannya itu. Saya harap selepas ini dia akan ikut diet yang betul untuk mempercepat proses penyembuhannya,” kongsi Scha.

Sukar percaya orang

Menyentuh perihal kerjaya seni, Awal yang pernah menerajui filem Syurga Cinta pada 2009 mengakui masih menerima tawaran lakonan. Pun begitu, tawaran tersebut terpaksa ditolak atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Tawaran lakonan masih ada tetapi tidak kena dengan jadual dan kerja saya serta ada yang terlalu panjang sampai ratusan episod. Bukan saya sengaja tolak tetapi saya tidak mampu untuk menerimanya.

“Sebenarnya saya tiada niat untuk menolak sebaliknya masih menunggu tawaran yang sesuai.

“Selain itu, saya sendiri ada tanggungjawab lain seperti menghantar dan menjemput Lara ke sekolah setiap hari. Sehingga ke hari ini hanya saya dan Scha sahaja yang menjalankan tugas tersebut kerana saya belum bersedia untuk menyerahkan tugas tersebut kepada orang lain.

“Saya rasa saya kena belajar percayakan orang lain dahulu, baru saya mampu menyerahkan tugas tersebut kepada orang lain,” akhiri Awal yang beraya dengan keluarga di ibu kota.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan