Ruhainies perjelas kata-kata kurang enak mengenai dirinya. - UTUSAN ONLINE

Jelas pelakon itu, sifatnya yang periang dan mudah mesra dengan pelakon-pelakon lelaki ketika di set penggambaran menyebabkan timbulnya cerita-cerita yang tidak berasas itu.

"Saya tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana pelakon. Sebelum ini orang gosipkan saya dengan Azrel Ismail, sekarang Asyraf Aley pula.

"Sejujurnya saya masih solo dan tidak mahu memberi fokus kepada cinta. Lagipun jadual saya padat, mana ada masa nak bercinta," katanya.

Pelakon itu sebelum ini pernah dikatakan bercinta dengan pelakon, Azrel dan pernah terpalit kontroversi didakwa rapat dengan suami orang.- UTUSAN ONLINE