Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Saling menghormati kerjaya orang lain

MENYANDANG tugas sebagai gadis pengiring di majlis-majlis ternama barangkali mengundang rasa kurang senang segelintir pihak yang merasakan golongan itu hanya dianggap seolah-olah seperti gadis sosial.

Nurul Shafiqah Ismail

Hakikatnya tugas berkenaan telah disalahertikan hanya disebabkan skop kerja gadis pengiring itu sentiasa dikelilingi jemputan terhormat dalam majlis.

Pun begitu, Nurul Shafiqah Ismail atau Yuyun tidak pernah menjadikan tanggapan serong itu sebagai penghalang buatnya untuk mencipta rangkaian dalam dunia kerjaya.

Sebaliknya calon Gadis Panca ini mahu menjadikan medium itu sebagai medan untuk membina keyakinan diri dalam usaha untuk memastikan kelayakan diri untuk bersaing dalam dunia pekerjaan yang sebenar kelak.

“Dalam hal ini, adalah lebih baik kalau kita saling menghormati kerjaya orang lain. Tidak dinafikan ada pihak memandang serong jika kita bekerja dalam posisi sebagai gadis pengiring tapi saya hanya secara sambilan saja.

“Sebenarnya saya ada perancangan lain. Saya berhasrat untuk mengintai peluang yang lebih baik dalam kehidupan saya. Itu yang saya jadikan pekerjaan saya ini sebagai batu loncatan untuk kehidupan lebih baik.

“Dengan terlibat dengan pekerjaan itu, saya dapat meningkatkan komunikasi apabila dapat bergaul dengan orang baharu. Mana tahu dapat rezeki terpijak lain dalam tempoh tersebut.

“Lagipun saya masih muda. Mestilah saya ada perancangan yang lebih kukuh demi masa depan,” kata pencarian Gadis Panca minggu ini yang bekerja sebagai gadis pengiring sejak berusia 14 tahun lagi.

Gemar mencabar diri sendiri, Yuyun juga sentiasa mencari peluang untuk lebih ke depan menerusi pembabitannya dalam bidang baharu bagi memastikan dirinya benar-benar berkemampuan.

Mengakui kini sedang mempelajari selok belok bidang berkenaan secara berperingkat, Yuyun yakin langkah pertamanya dalam dunia perniagaan akan membuahkan hasil satu masa nanti.

Sementelah sedang berguru dengan beberapa individu berpengaruh dalam perniagaan berasaskan kecantikan, Yuyun juga percaya impiannya untuk menjadi ahli perniagaan berjaya akan termakbul kelak.

“Semua ini adalah perancangan. Harap-harapnya apa yang diimpikan ini menjadi kenyataan,” kata Yuyun yang pernah terlibat sebagai pelakon tambahan dalam drama Dunia Baru di TV3 ini.

BIODATA

  • Nama penuh: Nurul Shafiqah Ismail
  • Nama panggilan: Yuyun
  • Tarikh lahir: 9 Mei 1996 (21 tahun)
  • Tempat lahir: Hospital Kuala Lumpur
  • Pekerjaan: Model sambilan
  • Artis kegemaran: Neelofa
  • Moto kehidupan: Menjadi wanita yang berjaya dengan hasil usaha sendiri.
  • Impian menyertai Gadis Panca: Tujuan saya menyertai Gadis Panca ini kerana ingin menceburi bidang baharu dan mencari pengalaman dalam bidang seni. Jika diberi kesempatan dan peluang menjadi salah seorang finalis pertandingan ini, saya akan melakukan yang terbaik.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan