‘Perang’ antara kedua selebriti ini dipercayai bermula dengan satu kandungan yang dimuat naik oleh Nur Sajat di Instagram kelmarin yang mendakwa seorang individu yang tidak dinyatakan sebagai ‘Raja Dadah’ selain memperkecilkan susuk tubuh individu berkenaan.

Netizen mula mengesyaki bermulanya ‘perang’ antara kedua mereka apabila Safiey pula memuat naikkan gambar di Instagramnya beserta kapsyen yang memerli seorang individu yang dikatakannya sering memuat naik video menyanyi di dalam bilik air dan dia tidak malu mengaku sebagai pondan dan tidak pernah merakamkan video dirinya menyanyi sewaktu mandi.

Sebelum ini, kedua-dua usahawan kosmetik berkenaan juga pernah ‘berperang’ di media sosial apabila Safiey dikatakan menyindir Nur Sajat sebagai munafik selain mendakwa pesaingnya itu sering mengelak apabila terserempak dengannya. - UTUSAN ONLINE